Sunday, November 21, 2010
Movies yang ingin kulihat =)
Stacy - JAHAT
Kerna asyik berakhir dengan kecewa
Tapi sejak hadirnya dia
Semua sistem kawalan kini terdedah
Kepala kata jangan gelojoh (no)
Hati pula kata pergi (go baby go)
Benarkah cinta itu buta
Kerna tak nampak apa selain dia
Korus
Aku aku
Bagaikan sudah terkena mantera cinta
Dari manakah kau datang menyerang
Diriku diriku
Yang disangka kebal
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu
Engkau engkau
Penyebab diriku terigau-igau
Kini ku terbayangkanmu hampir setiap waktu
Ku mahu ku mahu denganmu selalu
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu
Apa agaknya sudah jadi
Pada ingkar untuk tak bercinta lagi
Walaupun belum bersedia
Tapi hatiku mendesak dan menggesa
Ulang korus 2X
Jahatnya kamu
Jahatnya kamu
Saturday, November 20, 2010
SHOUT AWARDS

The shout award. Masa saya tengah menaip ni, shout awards masih lagi berlangsung dekat stadium Putra Bukit jalil.
Dapat tengok live telecast dekat 8tv Tee-hee ^_~
So...
eventho FT tak bolot semua awards in which he was nomintaed,
tapi aku rase *aku rase* semua peminat FT dekat M'sia dan S'pore dah bole tersenyum lebar sebab FT

menang category POWER VOCAL AWARD!!!!!!
Yeah!!!!! so, tak lah buang mase mengundi ye tak?
Aniways,
congrats to FT.
Suaramu tidak akan dipertikaikan lagi
=)
Saturday, November 13, 2010
Bye-Bye Philosophy ;P

Dan part paling lousy adelah bila aku baca soalan2 dia. Rasa macam nak keluar ajer dari main hall CAC tu dan pergi revise balik notes Islamic Philosophy. Tapi too late lah syaida. Heh, nak buek camno? Redah je lah soalan2 tu gaya macam mana aku redah hujan yang lebat. Tapi dalam hati tu tak henti2 aku doa moga2 apa yang aku merepek dan tulis hingga 3 muka surat bagi satu soalan dapat lah markah. Dan aku hanya boleh bertawakkal sahaje. Sebab aku dah usaha sampai tunggang terbalik dekat dalam bilik study 2 paper falsafah ni. maaf ditujukan pada roommate aku selama tiga tahun, cik Nur Fadilah sebab kena layan aku bila datang sewel aku sambil nyanyi lagu Hanyut dengan penuh perasaan. Dan juga selalu mengacau beliau apabila stress tak tau nak belajar apa lagi ^_~

Tapi bila aku asyik bising tak cukup time, mesti kak Mai *makcik sorang bakal lawyer* ni jawab "i paper law 3hrs 15mins pun tak cukup syai." Eleh..Law lain lah kak mai. Mana sama ngan falsafah.. *mode tak puas hati* Hua hua hua =)
Than tadi lepas paper pukul 5pm, agak berpinar jugak lah mata ni dan otak mula pening2 lalat sebab dah crap yang bukan2 dalam booklet answer. =P Aku tak balik terus ke mahallah taaaaaapppiiii aku dengan zeid terus blah ke JJ wangsa maju to *kononyer* treat ourselves lah. Treat apekebendenyer??? Perangai mengalahkan orang yang dah settle semua paper padahal hari isnin ni ada lagi satu paper. X_____X Memang sadis sungguh cara A&R susun jadual waktu finals untuk sem ni. Lepas tu hati ni berbulu jer tengok orang angkut bag yang gedabak2 tu balik kampung. Saya disini sangat depressed watching people going back to their hometown. Budgetlah spore tu jauh macam KL ke Amerika! Lima jam perjalan dengan menaiki bus dan hanya 45min penerbangan dari LCCT ke Changi International Airport. X____X
Ouh yes..last but not least, dearie bestie take a look @ this:

Sangat menarik bukan? Plus its pink la ;) Should check it out in Singapore by the end of this month! dan klw tak, aku akan beli warna ni aje lah. Warna classic dia. ;P

Than if takde warna yang aku nak, we MUST go to Pavillion ;D
Friday, November 12, 2010
Wajah Orientalisme

Orientalisme ialah sebuah terminologi yang sedang hangat diperbincangkan oleh masyarakat, khususnya umat Muslim. Ini kerana timur yang merupakan wilayah kajian para orientalis adalah asal muasal agama Islam berdiri.
Orientalis bermakna; “ahli bahasa, sastera, dan kebudayaan bangsa-bangsa Timur (Asia)“. Namun, kebelakangan ini, terma orientalis lebih merujuk kepada orang-orang Barat –Eropah pada khususnya–yang mengkaji kebudayaan Islam di Timur Tengah atau Jazirah Arab. Tentunya yang akan dicermati di sini adalah sub-tema ‘keislaman’ yang cuba diteliti oleh para orientalis tersebut.
Pada awalnya, kepentingan Eropah dan Amerika di dunia Timur lahir akibat interaksi kebudayaan yang dinamik bersamaan dengan hal-hal politik, ketenteraan, dan ekonomi. Namun, pada lembar sejarah selanjutnya, Edward W. Said menyatakan bahawa pertarungan orientalis berkembang pada hal penyebaran kesedaran politik ke dalam aspek estetika, sosiologi, sejarah, filologi, dan yang paling penting; keilmuan.
Namun, lebih jauh lagi, istilah Timur yang merupakan objek kajian para orientalis tidak lagi dipandang sebagai wilayah Asia secara keseluruhan atau menunjukkan hal-hal yang jauh dan eksotik, maka Islam merupakan pengertian yang paling sesuai untuk istilah ini. Pengertian yang terakhir inilah yang pada akhirnya menjadi titik fokus utama pada huraian singkat ini.
Dalam perkembangannya, tak sedikit orientalis yang mulai fokus untuk menelaah kebudayaan Arab-Islam. Terlebih pasca perang Salib di mana keadaan psikologi orientalis dari kalangan umat Kristian kala itu yang masih tergoncang oleh kekuatan Islam. Berangkat dari ‘ketergoncangannya’ itulah mereka mulai mencari-cari cara demi ‘mengukuhkan’ kembali fikiran mereka.
Hal ini tentunya memiliki dampak tersendiri bagi para orientalis itu untuk mengkaji kebudayaan dan keyakinan umat Muslim yang kemudian digunakan untuk meruntuhkan ideologi Islam. Theodor Noldeke membenarkan kenyataan bahawa pada abad permulaan dahulu, kajian orientalis –terhadap Arab-Islam– memang diorientasikan untuk menjatuhkan keimanan orang Islam. Oleh kerananya, suatu kewajaran jika kepustakaan orientalis klasik selalu membicarakan kelemahan-kelemahan Islam tanpa hampir sama sekali mengapresiasi kemuliaan agama Muhammad ini.
Sejatinya, ada sumber yang mengatakan bahawa hingga abad ke-19, Timur selain jazirah Arab merupakan daerah yang telah mutlak tunduk di bawah kolonialisme Eropah. Arab-Islam kala itu hampir tidak terjamah oleh Eropah kerana –seperti yang diakui Gibbon dalam Decline and Fall– memiliki angkatan ketenteraan yang amat ampuh. Lebih lagi, Arab dan dunia Islam dianggap oleh bangsa Eropah sebagai sebentuk provokasi yang nyata.
Tentunya pandangan ini mengingatkan kita tentang geografi dan budaya di semenanjung Arab yang memiliki yang menakutkan bagi agama Kristian. Pada masa seperti inilah, benarnya kenyataan Noldeke. Selain nama-nama seperti Simon Ockley dan Voltaire, hampir tidak ditemukan sama sekali tokoh orientalis yang mengapresiasi kagungan Islam. Pun mereka berdua masih sangat berhati-hati dalam penghormatan mereka terhadap Islam kerana bimbang kemunculan respon negatif dari masyarakat Eropah yang notabene merupakan bangsa pembenci Islam ketika itu.
Tak senang Eropah ini terlihat jelas saat muncul saat ada kritik keras kepada History of Saracens milik Ockley yang menuliskan bahawa berkat Islamlah, Eropah memperoleh pengetahuan pertama perihal falsafah.
Napoleon Bonaparte, seorang pembesar sekaligus orientalis terkemuka dari Perancis mengakui bahawa faktor paling asasi yang menghambat ekspedisinya untuk menguasai Mesir adalah keberadaan Islam di sana. Melalui pengalaman dan tutur cerita Comte de Volney dalam karyanya Voyage en Egypte et en Syrie, Napoleon berhasil mengugat kebesaran umat Muslim di Mesir.
Memang, cara halus yang diaplikasikan Napoleon dalam rangka menguasai peradaban, keilmuan, dan tentunya wilayah Mesir, adalah menerusi pendekatan yang luar biasa. Strategi yang digunakannya amat jauh strategik jika dibandingkan dengan taktik Requerimiento milik orang-orang Sepanyol saat ingin menguasai India.
Suatu ketika, dengan penuh keyakinan Napoleon mengundang 60 akademia al-Azhar untuk diberi penghormatan ketenteraan dan kemudian dipujuk dengan paparan kekaguman Napoleon terhadap al-Quran, Muhammad, dan tentunya agama yang dibawanya iaitu Islam. Napoleon juga berupaya sesempurna mungkin untuk menjadikan penafsiran al-Quran yang dilakukan oleh para imam, qadli, mufti, dan ulama tempatan supaya dapat memukau hadhirin. Akal ini berjalan mulus dan dengan segera penduduk Mesir kehilangan prasangka buruknya terhadap keberadaan tentera Perancis di Negara Fir’aun tersebut.
Jadi, benarlah rumusan awal bahawa sikap orientalis pada permulaannya memang merupakan sebuah sikap permusuhan terhadap Islam. Baru di masa-masa awal abad ke-20, mulai bermunculan tokoh-tokoh orientalis yang simpati serta mengapresiasi Islam dengan segala kesempurnaannya.
Arthur John Arberry, orientalis Inggeris yang ahli di bidang tasawuf Islam, merupakan salah seorang tokoh yang bersikap positif kepada Islam. Beliau berusaha untuk menjelaskan hakikat Islam yang sesungguhnya kepada Eropah. Demi keterpesonaannya itulah, beliau memperingatkan para orientalis lain untuk mengekang penilailan mereka akan Islam terlebih dahulu sebelum memahami dan menemukan fakta akan keberadaan Islam yang sesungguhnya.
Diawali oleh Arberry,, mulailah dikenal oleh Islam keberadaan kaum orientalis yang lebih bersahabat. Bahkan, Simone Haig, salah seorang orientalis Spanyol yang pada awalnya membantai Islam habis-habisan akhirnya membenarkan kebesaran dan keagungan ajaran Islam. Penghormatan kepada kaum feminin yang mulia di Islam mendapatkan apresiasi penuh dari Haig.
Orientalis sekelas Robert Simone, Gustav Lobon, dan Kalila Sranelli Cherko mulai berani menyerukan kepada bangsa Eropah akan kemuliaan ajaran Islam di berbagai aspek. Bahkan, pada tempoh berikutnya, banyak orientalis yang menjadi salah satu corong syiar agama Islam di Eropah dan Amerika. Suatu kebanggaan bagi Islam kerana telah mampu merangkul bangsa Barat untuk menyakini akidah agama samawi yang terakhir ini.
Pada akhirnya, sebuah catatan yang ingin disertakan di sini adalah sikap umat Muslim dalam menghadapi para orientalis. Islam harus melestarikan ajarannya dalam menghargai dan menghormati seluruh umat manusia. Akan tetapi, patut kita jadikan pertimbangan pula bahawa orientalis sejatinya hidup di daerah yang terkenal bermusuhan dengan Islam.
Theodor Noldeke yang mengakui kemuliaan Islam terbukti hanya menelaah sejarah al-Quran yang rancu. Sikap kritis yang ditunjukkan di Geschichte des Qorans melebih penghargaannya kepada al-Quran. Oleh kerana itulah, Islam harus mampu memisahkan orientalis-orientalis tersebut dan tentunya juga karya-karyanya.
Justeru, penting untuk Muslim memetik manfaat dari apa yang telah dikerjakan oleh para orientalis tanpa terjperangkap dalam lembah keraguan!
Wajah Orientalisme [www.ummahonline.com]10 Soalan Sebelum Bertunang =D

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan perkahwinan itu kekal bahagia buat selama-lamanya. Ramai yang berjaya. Namun tidak kurang pula yang kecewa.
Al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa', bekas kadi ahwal syakhsiyyah di Kuwait menyimpulkan antara sebab berlakunya keretakan dan kegagalan dalam perkahwinan adalah kurang taaruf atau tidak mengenali antara satu sama lain dengan mendalam sebelum berkahwin.
Taaruf yang mendalam atau mengenali bakal teman hidup sebelum melangsungkan perkahwinan sangat penting demi menjamin kesejahteraan dan keseimbangan dalam menjalani kehidupan berumahtangga.
Ini tidak bermakna pasangan mesti melalui alam percintaan sebelum berkahwin, kerap bertemu dan berhubung melalui panggilan telefon, sms, chatting dan sebagainya.
Percintaan sebelum berkahwin seperti yang dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan dalam segala macam media sebagai suatu kemestian, suatu dunia yang penuh dengan keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka.
Alam percintaan tidak mendedahkan hakikat diri yang sebenarnya. Masing-masing berusaha menunjukkan yang terbaik sahaja di hadapan pasangannya.
Setelah berkahwin barulah terbongkar segala rahsia, segala perangai dan sikap buruk yang selama ini disembunyikan.
Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa' mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan.
Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di tempat suci dan terpencil.
Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia.
10 soalan itu adalah:
1. Apakah wawasan hidupnya?
Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.
Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.
2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?
Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.
Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.
3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?
Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.
Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.
4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?
Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.
Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.
5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?
Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.
Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.
Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.
6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?
Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.
Orang macam mana yang anda cari?
7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?
Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.
Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.
8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?
Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.
9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?
Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.
Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.
Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.
10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?
Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.
Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.
Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.
Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?
Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar.
Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.
ps: Kepada bakal 'si dia' sila jawab dengan jujur ye? ^_~
Via: 10 Soalan Sebelum Bertunang | iluvislam.com + discover the beauty of islam
Thursday, November 11, 2010
-_______-"
Aktuali mata ni tak bule nak tutup. sebab penangan air kopi bercawan-cawan entah dari hari bila ntah. (belom tambah mocha frappe dan creme bule jenis Venti dari Starbucks!) Celik tidoq je pi minom kopi. Sebab tak nak terjadi aksi terlentok di meja study sebab ngantok semalam yang tak dicover-cover. Sebelah malam plak, balun lagik secawan kopi sebab tak nak terlentok jugak disebabkan udara dekat UIA malam ni sangat lah sejuk. Sangat syioook kalau dapat tarik selimut dan selamat depart ke alam mimpi "______" tsk. Tapi otak dari tadi dok bagi signal soh pi tidoq sebab NOTHING IS GOING INTO MY BRAIN LAH! Tapi..........tak boleh nak tidoq sebab tak selesai lagi dengan 3 paper tercinta nih!!!!
I need to tell my brain that i need to study. ini tiga hari jer kau tunggang terbalik. Lepas tu is honeymoon. Yeeehhhaaa!!!! Tido lah puas2. Sebab takde orang akan marah!
Okay. nak berenti. Sebab nak sambung study!
Dear Syaida, KEEP ON ROCK AND ROLL BABES! =D [motivate diri sendiri sebab tiada yang mahu meng'motivate' diri ini!] Sah sewel! ;P


