Sunday, July 5, 2009

Ngapain ya mau berpacaran?

Yeap...the well-known topic that have been discussed by teenagers over and over again. Couple..Bercinta sebelum berkahwin..sudah jelas bukan bahawa hukumnya HARAM. Tapi kenapa ya masih lagi berdegil dan mahu berpacaran.

Petang tadi, saya seperti biasa, bloghopping from one blog to another blog and i've encountered an interesting blog entry regarding "Coupling among teenagers nowdays". Well, it was conference in a chatroom later converted into a blog entry by the author. Saya tertarik bagaimana seseorang di situ [tidak tahu sama ada saudara mahupun saudari], lontaran kata-katanya cukup bernas dan bersahaja. Mengunakan etika lojik untuk buat otak kita berfikir dan muhasabah diri.

[Ehem, izin kan saya menukar perbualan anda menjadi satu perenggan ya?]

Kebanyakkan remaja mahupun yang dewasa tidak suka apabila kita me 'label' couple itu HARAM. Tapi..ya kita bole 'channel' fikiran sedemikian ke 'channel' lain.


Contoh: Apa ya sebenarnya definasi "Couple" itu sendiri? Ada yang akan menjawab : Pasangan. Maka apakah cause/hukum/result bagi couple itu sendiri? Okay..pasti ada yang menjawab : wala taqrabu zina. (Ayat 32 surah Al-Israa')

Dan si saudara/saudari itu bertanya lagi bagaimana klw X TAQRAB?(x dekatkan) Maka hukumnya menjadi apa ya? Confuse? pada mulanya saya juga confuse..namun sahabat kita ade menerangkan dengan mengunakan lojik.

Bayangkan ya..anda semua mempunyai sahabat. Ya seorang sahabat. Kamu sayang akan sahabat kamu ini tetapi sahabatmu ini pula bukan dari jenis yang, ehem..ehem..baik-baik ya? Dia menceritakan tentang keaiban kamu..tentang yang tak baik mengenai kamu. Apa ya perasaan anda semua? Sedih? Sakit hati? Menangis? Sudah tentu bukan? Namun tiba-tiba, dia ingin meminjam wang dari kamu..apa kamu akan meminjamkan kepadanya setelah segala bagai cerita kamu dia sudah jaja kesana-kemari? Beri atau tidak? Klw anda beri..anda memang seorang sahbat yang baik..namun apa pula jika ada yang tidak memberi? Rasa-rasa siapa pula yang akan memberi bahagia kepadanya?(yg menzalimi saudaranya) Sudah tentu ALLAH SWT bukan?

Dari kejadian ini..pernah tak tertembus dek tempurung otak kita yang maha keras itu tentang pekara ini? Dimana kita sebagai hambanya yang sentiasa bergelumang dengan dosa selalu inginkan kebahagiaan dan ksenangan. Apa kita tidak 'malu' untuk meminta setelah kita melanggar perintahnya? Anda rasa, adakah ALLAH akan memberi kebahagiaan sedangkan pada permulaanya kita sudah terang-terangan bersalah?? Begitulah saudara kita mengaitkan cerita tentang orang yang dizalimi ingin menolong orang yang telah membuat jahat kepadanya. Ini hanya lojik. Ya..jika ALLAH..dia mampu untuk memberi kebahagiaan ataupun tidak.

Sudah jelas bukan sekarang bahwa ber'couple' itu haram. Dan sudah berkali-kali kita membaca, mengulangi dan mengahafal ayat tersebut. Apa kita hanya sekadar membaca sepintas lalu tanpa mengendahkan maknanya??

Kemudian, saya bertanya kepada diri sendiri, dimanakah nanti barakah dan redha ALLAH jika hubungan yang selama ini tidak halal kemudian halal? [setelah ijab dan kabul]..ini kerana saya terkesan dengan kata-kata saudara/saudari tersebut : if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning.

Owh..mungkin sesetengah mengatakan dengan lantang.."Couple islamik. Tidak akan ade bersentuhan tangan atau bermesraan" Benarkah ada sebegitu?? Ouh..dalil mana yag dikutipnya?? Hehehehe..

Ya..saya pernah ditanya oleh seorang sahabat. " Ngapain ya mau berpacaran??"

Waktu itu..saya tersentak dengan soalannya. Sungguh tersentak! Otak saya ligat berfikir mencari maklumat. Namun sia-sia saja dan saya terpaksa akur. Tiada satu nas..hadith mahupun ayat al-quran mengatakan bahawa couple itu HALAL. Saya akui ilmu saya cetek. Walaupun pada waktu itu saya tahu bahawa couple itu sebenarnya haram namun saya tetap ingin berhujjah. Owh..apa yang saya katakan? Benar couple itu haram..dan ya saya mula merapu yang bukan-bukan. Si Dia hanya tersenyum.

Kepada si Dia yang sentiasa tersenyum,

Terima kasih ya kerana terus ingin bersahabat dengan saya tanpa mengingini sesuatu yang lebih dari sahabat. Hehehehe..malunya saya! Owh..Alhamdulillah kerana tidak pernah terjebak dalam mana-mana hubugan yang tidak diredhai oleh ALLAH SWT.
kita akan terus bersahabat ya? Mesyi? =)


[Sekadar renungan bersama. Sekadar memberi peringatan kepada semua termasuk diri saya sekali. Tak berniat untuk menghentam sesiapa tetapi sekadar berkongsi.]

Saturday, July 4, 2009

Aku dan $50


Kisah bermula apabila abah aku dah mula memekak kat telinga aku sebab dari semalam aku asyik buat 'derk' aje bile dia suruh aku withdraw duit dari bank untuk ditukarkan ke duet malaysia..

Lot 1, destinasi dimana aku harus 'cucuk' kuar duit dari mesin ATM. Knp jauh sangat harus dikeluarkan ditempat yang sedemikian jauh?

Dek kerana aku harus mengeluarkan sejumlah wang bernilai $1000.
Banyak tu...

For safety reasons, Abah aku suruh withdraw aje dekat Lot1 dekat sblh basement and lepas tu kite bole aje teros naik ke tingkat 4 untuk ke pengurup wang (cewah bahase!) a.k.a money changer dlm bhse omputihnye..(0_O)

Tapi alangkah tidak baikknyer nasib kami, mesin ATM yang terletak didalam supermarket NTUC telah dilabel "OUT OF CASH"

Aku : " macam mane bole out of cash?! In time like this? Sungguh kejam! "

Kemudian Abah aku mengemukakan teorinya sendiri

" Ini kan NTUC supermarket. Duit cepatlah habis sebab tadi pagikan ramai housewives yg berbelanje kat sini"

(Sesiape yg merasakan teori boleh diguna, sile angkat tangan ye? )

Haiiilaaa..mana mau cara mesin ATM lain beb?

Aku ni dah mcm jdi warge asing dlm negeri aku sendiri..

Di tempat aku sendiri...

Malah aku rase aku lebih kenal K.L lebih dari Neighbourhood aku sendiri..

Mujur aku teringat yang diluar Lot1 Mesin ATM POSB berselerakan.

Dengat kudrat yang tak seberapa, aku pecut keluar dari Lot1 dan terus mencari-cari mesin ATM disekitar luar Lot1.

Fuuhhh...naseb ade.

$1000 berjaya dikeluarkan.
Dan aku terus ke pengurup wang (nama kedainya harus dirahsiakan kerana aku sedang membuat kempen anti - kedai pengurup wang tersebut!).

Let me tell you, this pengurup wang dekat Singapore da mcm klinik! Siap kene amek nombor segala! Huish..ape punye system! Lepas tu ade tiga kaunter! Sumpah aku tak tau fungsi ketiga-tiga kaunter tersebut..

Sebab, dekat Malaysia, aku tengok ade satu je kaunter(0_O)
Maka

Aku menyerahkan $1000 ke minah pengurup wang untukditukarkan ke duet malaysia.

Kemudian si lelaki pertengahan umur yg ddk paling hujung sekali tiba-tiba bersuara

"Miss, im sorry. But i found that there is a slight torn (slight torn?! WTH!!) at your 50 banknote. Could you please go to the bank and change it."

Aku:

(0_O)!!! [muke tak percaya] A slight torn? And you want to make big fuss out of it?!

Aku menjeling jam kat dinding. Tepat pukul 5.30 P.M
Waaa...ini mamat sudah lebih. Dengar-dengar bank masih lagi beroperasi selepas pukul 5.30.
Klw bank keluarge kau, sile beri alamat aku bole pergi. Tapi klw bank POSB jgn harap lah!

Aku:

I withdraw this money from the ATM machine for heaven's sake! How should i know if the machine would give a slight torn $50 note! As if like i am the one who told the machine to give me this slight torn $50 note! It's not my problem! All i care is that u change my *&^% money to malaysian money!

The money changerman:

But Miss, this is a torn banknote. If we were to give this banknote to our next customer, for sure our customer would't take the banknote.


(0_O) [Lagi skali buat muke terkejot] Ya ALLAH...ni lah kali pertama aku mendengar hambamu mengatakan bahawa ade manusia yang tidak mahu akan DUIT. Duit bernilai $50!

Waaaah..kaya btol nampak?!

Aku tak akan berkrompomi dengan mamat nih. Peduli ape aku! Bukan salah aku. I mean klw $50 tu bukan duit, kenapa bank simpan?

Kenapa bank tak buang aje kat dlm tong sampah atau bakar aje?

sebab ape?

Sebab that slight torn note is still considered as money and it's valuble and it can buy u at least more than three meals at the McDonalds!
And if it were to change to malaysian money with the currency rate at 2417.00, i could at least get in return about RM 120.85!
i mean, bayangkn..klw kau renyukkan duit tu dan campak kat atas lantai, confirm ade orang kutip. sebab ape? sebab $50! walaupun cacat sikit. Masih bernilai.

Tapi...mentang-mentanglah dia pegang duit aku, aku rase selagi aku tak tukar tu not $50 aku rase, dia tak akan tukar duit aku!
Hampeh!!!!!
Aku:

You want me to race out of this Lot1 just to give you another nice crispy $50 note? Just $50? You think i have the time in the world to do that? I am super late and i need my money to be changed now! Because i need to transfer it by tomorrow at Malaysia.


Tapi Mamat to masih tak mau berkrompomi dengan aku! Last2 aku mengalah dan lari balik ke tempat mesin ATM dan keluarkan $50 yg baru..yang cantik dan tak cacat.

And i have to run back to level 4 to the money changer. And i get my Malaysian money full.

Yes full! (Money changer ini amat terkenal dengan tidak menukar wang secara penuh. Sama ada dia akan mengembalikan wang singapura balik atau dia akan meminta duit tambahan.)

"Sorry for the inconvinience occured."

Just that?!
ps: I am sooooooooo not gonna change my money at that particular money changer! Daku rela bersesak-sesak ke Johore untuk menukar wang aku. (-_-")

Friday, July 3, 2009

Wasiat Terakihr....

Mengimbau kembali lembaran sirah Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Padang Arafah menjadi suatu medan yang terpalit suatu peristiwa yang amat menyentuh hati dan mengharukan bagi manusia yang mempunyai tunjang aqidah muslim. Di sinilah tempatnya Rasulullah SAW menyampaikan amanatnya buat terakhir kalinya. Sebuah khutbah terakhir yang penuh maksud dan sama sekali menyentuh hati para pencinta Kekasih Allah itu.

Rasulullah SAW bertolak dari Mina ke Arafah setelah naiknya mentari 9 Zulhijjah. Sebuah khemah didirikan untuk baginda. Baginda masuk dan berada di dalamnya sehingga waktu Zohor. Kemudian, Rasulullah SAW mengarahkan al-Qaswah, yakni untanya untuk disiapkan. Lalu Rasulullah SAW menaikinya sehingga tiba di Wadi Uranah. Di hadapan Baginda SAW, ribuan sahabat mengelilingi Baginda SAW dengan perasaan yang penuh dengan debaran menanti apakah yang akan disampaikan oleh Baginda SAW.

Baginda SAW pun bangun berdiri dan menyampaikan khutbahnya yang penuh bersejarah itu.

"Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan, beristighfar, dan bertaubat kepada-Nya. Kita berlindung dengan-Nya daripada kejahatan diri dan keburukan amalan kita. Sesiapa yang Allah berikan hidayat kepadanya, maka tidak ada sesiapa yang boleh menyesatkannya. Sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada siapa yang boleh memberi hidayat kepadanya. Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya. Aku berpesan kepada kamu wahai hamba-hamba Allah supaya bertaqwa kepada Allah dan menggesa kamu supaya mentaati-Nya."

Aku membuka khutbahku ini dengan muqaddimah yang baik. Wahai manusia! Sila dengar apa yang akan kukatakan ini. Aku tidak tahu adakah aku akan dapat bersama kamu semua lagi selepas tahun ini, di tempat ini selamanya.

1. Sesungguhnya darah kamu,harta benda kamu, dan kehormatan diri kamu telah terpelihara (diharamkan) sebagaimana diharamkan hari ini, bulan ini, dan Bandar ini (Makkah dan kawasan sekitarnya).

2. Sesiapa yang memegang amanah, maka dia hendaklah mengembalikan amanah tersebut kepada tuan punyanya.

3. Ingatlah! Segala amalan jahiliyyah telah berada di tapak kakiku (yakni telah dihapuskan).

4. Tuntutan hutang darah di zaman jahiliyyah (sebelum Islam) telah diampunkan. Tuntutan darah pertama yang aku batalkan adalah darah Ibnu Rabi’ah bin al-Haris yang telah disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail.

5. Riba adalah haram dan aku memulainya dengan membatalkan riba yang akan diterima oleh Abbas bin Abdul Mutalib. Sesungguhnya ia dihapuskan keseluruhannya.

6. Wahai manusia! Takutilah Allah SWT dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimat Allah. Wajib ke atas merea untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk, jika mereka lakukannya, maka kamu berhak untuk menghukum mereka tetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadapmu, maka wajib ke atas kamu menjaga makan-pakai dengan baik.

7. Semua orang mukmin adalah bersaudara. Oleh itu, tidak halal bagi seorang muslim mengambil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya.

8. Jangan kamu kembali menjadi kafir selepas pemergianku, di mana sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain. Aku telah tinggalkan kamu suatu panduan. Jika kamu berpegang teguh dengan ajarannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya yakni al-Quran dan as-Sunnah.

9. Wahai manusia! Sesungguhnya tiada nabi lagi selepasku dan tiada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru agar kamu menyembah Allah SWT Tuhan kamu dan menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, serta mengeluarkan zakat hartamu dengan kerelaan. Dan kerjakanlah haji ke Rumah Suci Tuanmu (Kaabah), untuk itu kamu akan masuk syurga Tuhanmu.

10. Tuhan kamu adalah Maha Esa, datuk kamu pula adalah satu, kamu semua berasal daripada Adam dan Adam telah dijadikan daripada tanah. Orang yang paling baik dalam kalangan kamu ialah mereka yang paling bertaqwa terhadap Allah. Tiada kelebihan bagi bangsa Arab berbanding bangsa lain kecuali dengan taqwa.

11. Allah SWT telah menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga si mati. Oleh itu, tidak boleh membuat wasiat kepada penerima pusaka. Sesungguhnya laknat Allah ke atas sesiapa yang mengaku sebagai bapa kepada bukan bapanya yang sebenar, juga laknat daripada para malaikat dan seluruh manusia.

12. Kemudian kamu akan disoal tentang aku. Maka apa yang kamu jawab? Mereke menjawab, “Kami bersaksi bahawa tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu”. Baginda SAW lalu mengangkat tangannya ke langit dan menurunkannya ke arah orang ramai sambil berkata, “Ya Allah! Saksikanlah”. Baginda SAW mengucapkannya sebanyak tiga kali. Orang yang mengulang kembali ucapan Rasulullah SAW dengan kuatnya di Arafah ialah Rabi’ah bin Umayyah bin Khalaf r.a.