Showing posts with label Mishmish Memories. Show all posts
Showing posts with label Mishmish Memories. Show all posts

Sunday, March 13, 2011

Being flirtatious is dangerous

Flirt. Flirt lah sejauh mana pun. Flirt lah dengan kata-kata manis + jiwang yang mengayat.

Flirt. Sometimes it can be harmless. Sometimes it can be dangerous.

Harmless bila 2 makhluk tuhan berlainan jantina flirt sekadar suka-suka. Flirt yang mereka tahu tidak akan ada penghujungya. Full stop. Dalam kata erti lain, flirt mereka berlaku once in a full blue moon. Harmless bila 2 makhluk berlainan jantina hanya flirt untuk for the fun of it. Tidak terlalu serious hingga boleh menyetap tangkai hati hingga boleh terbawa kealam mimpi. Flirt just to make another day interesting.

Flirt yang dangerous pula bila kalau flirt yang main-main tu dah jadi suatu yang betol. Flirt yang bisa membuat si tangakai hati bagaikan direntap kuat bila ternampak kelibat sang dipuja dalam diam. Flirt yang dangerous ni bila salah satu side dah mula guna perkataan yang tak sepatutnya ada dalam kamus harian harmless flirt. Dan kata-kata tu boleh buat kita berada di awan yang ke-9. Indah. Senyum hingga ke telinga macam doraemon dapat dorayaki. Flirt boleh leads to all sorts of problems. Problem dengan kawan-kawan. Bestfriend. Dan kemungkinan besar dengan bekas makwe dia yang korang berkawan ouh.. ni dah bukan cinta tiga segi. Ini cinta kompleks. Cinta hexagon yang bercabang-cabang. Cinta yang bukan cinta. Cinta yang bukan ikhlas tapi cinta sebab kau pressure. Pressure teramat sangat. Itu memang bullshit. Okay, aku tak sepatutnya memaki-hamun tapi, well..it depends on who i would like to curse. ^_~

When a guy says to you that he likes you yet he has someone waiting for him, stay away from him.

When a guys starts to call you with all sorts of ‘mushy callings’ puhleeezee, stay awaaay from him.

Tapi konfem dia akan kata kita hanya BERKAWAN. I dont give a damn to boy-girl relationship. Sebab aku tak percaya wujudnya hubungan sedemikian. Sebab kalau dalam etika perkawan, kawan antara lelaki dan perempuan sepatutnya dah ada satu barrier yang boleh buat 2 makhluk tuhan berlainan jantina ini faham bahawa mereka hanya kawan. Contoh:

-Kawan lelaki yang kau tahu dia wujud dalam lecture hall kau.

-kawan lelaki yang kau bertanya khabar. Sehat atau tidak.

-kawan lelaki yang kau berbual dengan topik yang santai dan tak berat dan tak melibatkan hati, jantung dan sebagainya.

-kawan lelaki dimana kau tahu dia hanya KAWAN.

Kenapa aku tak gemarkan sangat hubungan lelaki dan perempuan diatas nama ‘kawan atau kawan baik atau bestfriend’ sebab memang dah hukum ALLAH bahawa lelaki akan tertarik dengan perempuan. Come on, even nabi adam pun mengeluh dalam syurga yang serba best tu sebab tak ada companion. Hukum alam akan menyatakan bahawa, salah satu dari anak adam yang berlainan jantina ini akan tergelincir suka kepada kawannya. Dia tak minta semua ini terjadi tapi ini hukum alam. Eventually one of them will cross the barrier which they solemnly swear that there is nothing between them except friendship.

Cinta perempuan tidak kenal erti batasan

Perempuan adalah makhluk tuhan yang penuh dengan emosi. Sebab itu mereka perlukan lelaki untuk lead them. Bukan untuk nak hiruk-pikuk kan hidup dia. Guys, kalau ada seorang perempuan tu berkata seperti :

“saya tak nak dengan orang lain. Saya nak dengan awak saja Saya nak awak sorang je dalam hidup saya.”

Ini satu fakta yang lahir tulus ikhlas dari hati dia. Walaupun sebelum ni dia pernah dajjal korang ke hape ke, when a girl that once you love but now tou have no more feelings towards her said like what i’ve typed above, means that she loves you with all her heart and she felt remorse over what she had done towrads you. Adam, jangan jadi pekak, bisu dan buta. Okay? Sila buka kembali hati awak yang maha keras macam batu kryptonite tu ye? Every person deserves a second chance. How evil they are, they are just humans. Anak adam sentiasa melakukan kesilapan. Macam lah kamu-kamu semua tak pernah buat jahat atau pernah dajjalkan dia.

Girls will do everything to get the man that once she loved to fall for her again even if she had to be clingy, but yes. That is how girls operate. There is difference between a girl who loves you and the one who just does not care. Perempuan yang kasihkan awak separuh mati hafal perihal hidup kau macam dia hafal sifir 8. Contoh:

- kuliah kau dari hari isnin hingga khamis dia hafal. Kira at the back of her hand.

-Dia masih tujuk careness dia dekat kau. Sila jangann buta. ALLAH tak kasi buta tapi masih main buta-buta. Aku cucuk dengan garfu nanti tak pasal-pasal jadi macam kassim selamat.

-Dan kalau boleh, dia nak dengan kau 24jam! Trust me. She’ll do the most illogcal stuff that one straight mind could not comprehand.

Prempuan jenis tak kisah contoh:

-kau pergi kelas atau tidak, itu tak akan effect CGPA dia. Yang dia tahu, kelas dia, dia pergi.

-Dia tak tunjuk pun careness dia kat kau. Mungkin sedikt seperti tanya :kau sehat? Than dia akan menghilangkan diri atau sambung buat assignment dia yang dah macam gunug everest.

-Dia tak nak berdamping dengan macam dalam cerita damping malam. Kalau dia nampak kau, mesti dia akan cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan diri atau mungkin dia berharap dia ada ilmu sihir seperti harry potter untuk apparate.

So, aku tengah hadapi crisis ni sekarang. Ini bukan rekaan. Tapi fakta. Aku hampir terjerumus tapi aku sempat berenang ketepian sebelum aku tenggelam lebih dalam lagi.

Untuk lelaki, perlukah aku kasi lagu dari sixth sense untuk kau paham?


Sunday, January 9, 2011

Updates..updates..updates..

Its been a while since i last updated my blog. Nampaknya sekarang si Fahmi dengan Fadilah tu asyik update je cerita-ceriti, dan aku? Hmm...bersawang jugak blog aku. So, aku curik masa aku siket, dan kebas sedikit sebanyak sawang2 labah2 ni dan aku nak update blog aku ni. Mintak maaf sebab aku agak busy sedikit sem ni. Sem ni tetibe jer aku jadik periang dan join aktiviti2 luar dan dalam kampus. Heh, tetibe jer. Tambahan lagi aku sem ni subject aku banyak ‘hands on’ rather than ‘minds on’. Eh, salah. Both ‘hands on dan minds on.’ =)

So, ape je yang aku buat? Aku masuk skill menjahit. =) Reaction yang aku dapat bila orang tau yang aku amik skill menjahit? “Comelnyerrrrr!!!!!” Hahaha..comel sungguh kan? Ceh, selama ni aku ingatkan menjahit ni kacang peanut butter jer, sekali susah dia macam nak siapkan nasi briyani. Seriyes kalau Fadilah tak sama skill ngn aku, mau aku menangis melalak sebab kena buat jahit-menjahit ni. Allah knows best that i’m dependent on Fadilah on this certain things. =) Dari cara aku perhatikan dia me’rajah’ kat atas brown paper tu, aku tau minah ni ade bakat terpendam. Dari aku yang duk tonggang terbalik me’rajah’ skirt tu. Ni baru skirt belum lagi baju kurung, dress, baju melayu..eh, baju melayu? Opppsss.. lama lagi tuh. ;P




Errrmm..that day ada meeting ICYLC (Inter-Cultural Youth Leadership Camp) dekat Aikol cafe. Memang bersungut aku bila dapat mesej dari Amirah bila aku baca venue meeting: AIKOL CAFE. Adoyai...rasa malas tahap gaban pun ade tau nak g sana. Dah la jauh. Tapi, as usual, there is always a blessing in disguise. A blessing indeed. =))) the post-mortem went well. One more thing, dear Amirah, kenapa inform pasal youth gathering tu lambat sangat? I dan Ashrul dan sangat excited gile bila dengar programme tu tapi clash dengan midterm lah pulak. Haa..nak salahkan siapa ni sekarang nih??

Tapi takpe. Tak dpt gi Morocco pon tak pe. Lepas ni insya allah kalau ade rezeki. Adelah. Semuanya berada ditangan Abang Ju dan pihak ABIM lah. (ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA) ---> Malaysia? Sori, kalau saya tersesat. Saya Singaporean tapi saya join persatuan ni. Takpe. Abang Ju relax-chillax jer. =)))

Apa lagi? Ouh yes. I need to stop myself from entering any bookstores. Sebab boleh jadi gila. Buku kat rumah tu ade sedozen lagi yang ditunggu untik dibaca. Abah dah mula bertanya “Rak yang lama bila nak ganti baru? Tu buku2 tu dah melimpah ruah daa...”

Fahmi, aku memang nak kirim buku.(Harap kau baca blog aku.) Ni tajuk dia,

1) Thabaqat as-suffiyah – zainuddin muhammad abdul rauf al-manawi

2) Usuluddin al-islami – Dr.quhtaaan ad-darri dan Dr. Rushdi alyyaan

p.s: Check harga dulu. Kalau bole, tawar menawar dulu ye? Syukran awee. =)

Things to buy:

1)Book shelves. (Spacious/tall enough to store my books + lecture notes) ----> Bila aku nak g ikea?

2) Front-covered wedges @ Charles and keith. (Nadya, kau kena ikot.)


Ps: These are exactly what i saw last week,kan nadya?


3) Boots from Forever 21. (Kedai ni dekat S’pore jauh lebih murah berbanding di KL.


Sunday, December 26, 2010

The Voyage starts...ehem, last 2 weeks 0_o


Okay...so its been what? Two weeks already? Sheesh..sudah lama tak update dan jengok blog aku nih. Aku rase aku dah kalah dengan roomate aku Cik Nur Fadilah dan kawan baik aku, Cik Entoy. =)))

So...dua minggu. Ape yang sebenarnya dah terjadi dalam masa dua minggu ni? Baaaannyak dowh yang terjadi. So as usual, lepas dah sampai kat UIA nih, kerja pertama yang wajib aku buat adalah pergi ke kelas yang telah aku register pada semester lepas. Walaupun perbuatan aku ni dianggap skema oleh pelajar lain, tapi takpe. Aku tak kesah. Kenapa dianggap skema? Sebab pada minggu pertama, adalah minggu add and drop. Maksudnya, kau boleh lah nak add subject lagi atau kau nak drop subject yang kau tak suka. Maka, itu tersangatlah penting bagi aku untuk pergi ke kelas dan evaluate lecturer tu (mana punya bagus lah aku nih) mengajar dan subjek tu... exhilirating ataupun tidak. Kalau kau rase tak okay atau boring atau sewaktu dengannya, lepas kelas tu, kau bole straight gi computer lab dan drop subject tu dan add subject lain. So, ni lah kerja bebudak UIA. Minggu pertama mesti main-main add and drop je kerjanya.

Walaupun nampak macam best jer tapi sebenarnya tak best. Leceh. Nak2 lagik kalau subject yang dioffer tu section closed. Memang boleh menangis berdarah ler jawabnyer!

Aku so far so good. Alhamdulillah. Aku amek 18.5ch (credit hour). Walaupun pada mulanya aku dengan bangga hebah dekat kengkawan aku Cuma nak amek 15.5ch jer. Nak chillex kononnyer. Tappppiii, bila member aku, si Hajar dapat tau aku amek 15.5ch sebab aku dah drop subject madkhal ila fiqh...die terus bising. Hisyh bebudak fiqh ni..tak bole tengok aku bernapas la...die bising bila dengar plan aku. Al-kisah, aku tinggal lagik 2 semester panjang minus off the short semester. So, aku plan nak amek madkhal ila fiqh masa semester panjang dan madkhal ila usul fiqh pada final sem aku. Perrrghh..member terus sembur aku

Hajar “Kau gila ke apa nak amek usul fiqh masa last sem kau???!”

Aku sengih jerrr... “Ala..chilling the grilling lah beb. Kenapa, tak ley?”

Hajar “Hisy..baik kau add balik madkhal ila fiqh tuuuu...than next long sem b4 your final sem, kau amek usul fiqh. Tak berat.”

Aku “Alaaaa...aku sem ni amek Ulum quran lah. Leceh kalau banyak sangat subjek arab. Aku bab mengapal ni slooooow sikit.” [tu pasal aku amek usuluddin. Tak banyak benda nak kena hafal!]

Hajar “Wei, usul fiqh susah laaaaa...”

Yang si wahidah kat sebelah dah buat muka gaya ayam berak kapur jer..okay. Aku dah mula stress. Hailooooo..macam mana ni? Macam mana ni? So, apa lagi, bergegas kesana kemari la aku add subject secara manually. Haaa.part ni leceh gila! Mula2 kena PRINT form ADD and DROP. Lepastu, isi borang. Lepas tu jumpa lecturer dan mintak signature dia. Lepastu, pergi department fiqh dan usul fiqh, amek signature Dean dia plak(ni belum masuk drama dean dia tak nak layan. Ada sesetengah dean memang tak layan add subject manually nih) than lepas tu pergi lah ke General Office bahagian RK (Revealed Knowledge) dengan muka penuh mengharap macam kucing tak makan seminggu mintak kakak yang jaga bahagian add and drop supaya add kan subject. Banyak kan destinasi aku singgah? Dah merasa macam main amazing race pulak! Phew ~ ~ @ last dapat gak subject intro to fiqh tu..pergh menegelabah ingatkan tak dapat. Tu lah, sapa suruh tangan tu gatal sangat pergi drop tu subject? Padan muka! So sem ni aku amek....jeng..jeng..jeng..

1- Contemporary Religious Moral Issues (Dr.Che Amnah)
2- Issues in Tassawuf (Assoc.Prof Dr.Abdul Salam)
3- Research Methodology (Dr.Wan Sabri)
4- Madkhal ila Fiqh (Dr.Hossam el-Din)
5- Ulum Quran (Dr.Nadzirah)
6- Statistic For Islamic Studies (Br.Ayoub)

Subject Contemp.Religious Moral Issues ni gerek walaupun kelas die start @ 8.30. Lecturer dia tersangatlah motherly walaupun aku pernah kena halau dengan dia masa aku tahun 2 dulu. Heh, bukan aku je, yang kena halau, dengan member2 aku sekali kena halau. Mana taknya? Baru tahun 2, berangan nak amek subjek tahun 4. Memang kena halau dan section untuk kelas tu ditutup akhirnya. So, madam...we meet again. Now, im ready insya allah =)). Kelas ni best lah sebab takda final exam (Hooooorrayyy!!) tapi banyak article review dan presentationlah...takpe. i hope i’ll do my best in this subject. Issues in Tassawuf (alaaassss!!) dapat gak aku belajar subjek ni. Okay. Subjek ni memeningkan aku. Sebab aku takde basic. So, jangan tanya aku pasal tassawuf! Aku tak boley jawab. (Mau Dr.Abd Salam tak mengaku aku ni student die gamaknyer!) ^_~

Haaaa...research methodolgy. The long anticipating and waiting. Akhirnya aku bertemu jugak dengan lecturer femes yang macam biskut famous amos nih. Famous macam biskut amos sebab bukan bdk RK jer yang kenal tapi budak2 kulliyyah lain pun kenal lecturer nih. Sebab dulu...ada seorang hamba ALLAH tu pernah tanya aku sama ada aku kenal ke tak lecturer ni. Pelik sebab budak ni bukan kos RK tapi kos lain lain..kos kosmetik pon boleh lah..^_^. So, dengan bangga tahap gaban aku jawab lah yang aku kenal. Skema habis. Padahal kenal nama je orang dia tak pernah nampak. Aktuali aku dah tak hengat pasal budak ni tapi bila aku masuk jer kelas lecturer nih, teringat lah aku kesah perbualan aku dengan mamat tuh Hishhyy..kan aku dah masuk down the memory lane....sob..sob..sob

Subject ni pon tader final exam. (double hooooorrraaahhhh untuk aku!) tapi, keroje die perrghh..berlambaks! mana nak buat research proposal la..buat field trip lah..speaking of field trip, aku tak jumpa lagi aku topic hape yang aku nak buat field trip nih... ouh yeah, hw am suppose to get a freeaaaking topic for my field trip?! Tajuk research proposal pon tak jumpeeee... ;( Huhuhuhu.. (menangis sambil memegang lutut. Stress. Sedih.)

Subjek lain, ulum Quran dan Madkhal...alhamdulillah tak lah susah mana cuma nak menghafal jerrr,engine akan start lambat. ^_~ Statistic...playing with numbers. I hate numbers! Aku harap aku aaaaaccceee this freeeeeaaaaking subject. So..semester ni aku nak jadik macam Alice in the wonderland. Aku nak jumpa Mad Hatter yang boleh gumbirakan aku. Kenapa aku nak jadi macam Alice? Sebab Alice is a good character in having fun and also getting into trouble wrapped like a barritos all in one! =)

Wonderland = 2nd semester.
Characters in the wonderland = The subjects
Mad Hatter = Ehem-Ehem
Fun = Hanging out with my dearest girlfriends
=)