Wang hantaran ataupun sekufu atau tidak, bukan menjadi persoalan yang utama dalam sesebuah hubungan. Bukan semua ibu yang ‘menjual’ anak ye Puan-puan dan Tuan-tuan. Dan hantaran pun bukanlah satu benda yang wajib. Yang wajib tu nikah sahaja. Nikah akan sah kalau ada empat yang berikut: 1) Pengatin 2) Wali 3) Ijab & Qabul 4) Saksi. Islam itu sebenarnya syumul. Bukan jumud. Tapi adat yang seoalah-olah meng’ikat’ kita untuk menjadi jumud. Kita lebih takut dengan gossip-gossip liar dari persatuan ahli tingkap daripada kita bermonolog sendirian memikirkan apa dia tujuan kita bernikah ini sebenarnya.
Adat Yang Terikat.
Berinai.
Adat memainkan peranan penting dalam masyarakat Melayu Islam khasnya. Pengaruh budaya nenek moyang kita sewaktu menganut agama Hindu. Setiap elemen yang ada dalam diri melayu bersangkut paut dengan elemen Hinduisma. Amalan menggunakan inai dijari sewaktu berkahwin. Ia merupakan tradisi kaum hindu untuk memakai inai atau henna sewaktu majlis perkahwinan. Corak inai ditangan dilukis dengan mewah sekali. Merah. Lagi merah lagi bagus. Tanda suami kita mencintai kita seratus peratus. Itu mengikut kepercayaan mereka. Kita – orang melayu juga tidak ketinggalan untuk mengenakan inai dijari. Kalau tidak mampu untuk bercorak mewah, paling busuk pun, sepuluh jari harus diinai.
Hantaran.
Owh, satu isu yang paling menakutkan bagi pihak lelaki selain hantaran yang jumlahnya mencapai ke angka ribuan ringgit malaysia/dollar singapura. Hantaran harus berdulang-dulang. Dan jumlahnya harus ganjil. Lelaki beri 9 dulang, perempuan harus membalasnya dengan 11 dulang. Benda yang ditayang diatas dulang? Alahai..ini bukan zaman sebelum tentera jepun mendarat di Malaya. Bukan lagi makanan atau pun buah-buahan diatas dulang. Sepasang songket merah pulasan dilatari bunga tabur bukan lagi menjadi pilihan si Dara. Sekarang harus ada sepasang kasut Stuart Weitzman ataupun Jimmy Choo. Tas tangan dari coach atau Prada mungkin. Al-quran dan sejadah hanya menjadi symbol utama yang berkahwin ini sebenarnya Islam dari segi agamanya dan mengikut kad pegenalannya. Si Teruna tidak kurang hebatnya. Segala bagai gadet mahu di tayang diatas dulang. Komputer riba dari MAC misalnya. Sebuah camera DSLR mungkin menjadi pengikat sumpah setia antara aku dan kau. Sebiji I-phone 4 untuk aku senang menghubungi mu kelak.
Wang Hantaran
Hantaran. Wang hantaran. Seorang teman pernah berkata : “ada tak wujud perempuan yang tidak mahu pada hantaran? Dia percaya bahawa hantaran itu tidak penting. Dan jika ibunya meminta, baru lah akan aku beri wang hantaran itu padanya.” (Seriously, aku tabik dengan mamat sekor ni. Dan siapa yang menjadi bakal surinya, memang beruntung.)Persoalannya? Ada kah? Ini bukan zaman Rasulullah s.a.w dimana kita boleh menikah hanya berbekalkan sebiji cincin besi atau bernikah atas mahar satu hafalan surah dari Al-quran. Zaman dan konteks kita berlainan. Tapi Islam tidak menyuruh kita berlebihan. Bersederhana itu afdal. Hantaran tidak harus berlebihan hingga membebankan pihak lelaki. Nanti anak dara awak jadi ANDARTU (anak dara tua) atau ANDALUISA (anak dara lanjut usia). Asalkan mampu, insya ALLAH. Insya ALLAH, ALLAH akan membuka rezeki dan memperluaskan rezeki selepas menikah.
Pernah menjadi satu kemestian dalam masyarakat Melayu Islam untuk berlumba meletakkan harga tinggi untuk anak daranya. Lagi tinggi lagi bagus. This is not based on academic bench mark. Kalau yang setakat lepasan SPM/O-level dan diploma hantarannya sudah menjangkau RM10,000, bagaimana dengan nasib kami yang berkelulusan degree mahupun Doctorate?? Mungkin lelaki akan berfiikr seratus kali untuk meminang kami kerana sangkaan mereka, sudah pasti yang Doctorate itu hantarannya berbelas-belas ribu mungkin! Patah riuk tulang memikirkannya! Tidak berkahwin tidak mengapa.
Alahai..kesiannya kami yang berkelulusan tinggi! ='(
Pelamin.
Pelamin. Ini juga adat. Duduk diatas pelamin. Sang pengantin jeling menjeling nakal diatas pelamin. Dari aku kecik sampai aku besar aku tertanya-tanya. Apa tujuan sebenar duduk diatas pelamin sambil diperhatikan oleh orang yang kita tidak kenali sambil mereka makan? Hanya untuk suka-suka atau apa? Impian dan pola pemikiran aku agak berlainan. Kalau boleh, aku tak nak bersanding diatas pelamin bagai. Duit dekat pelamin je dah beribu. Padahal Cuma sehari je guna.
Diatas sekadar meluahkan apa yang aku tidak puas hati. Kerana ini semua, mungkin ramai wanita yang memilih untuk tidak berumah tangga. Hidup solo mungkin lebih senang dan praktikal. Tapi, sebagai seorang perempuan yang fitrahnya sangat lembut, suka pada perhatian, inginkan belaian, mampukah kita untuk hidup sendirian?
Sekadar meminjam kata sahabat “Dont you dare judge me with your bare and naked eyes on me”. Benar. Jangan guna mata kasar. Guna mata hati. Mata hati tidak pernah berbohong. ALLAH memberi kita deria ke-enam tanpa kita sedari. Gunakanlah. Sebab mata hati selalunya merupakan ilham yang dibisikkan dari atas tujuh petala langit.
Janganlah menghukum kami dengan mengatakan bahawa kamu tidak mampu untuk memberikan pulangan yang terbaik untuk kami. Kami tidak meminta harta. Kalau kami semua memandang harta, nescaya lelaki yang tidak berharta akan mengigit jari. Janganlah kata “kita tidak sekufu” sebelum kau kenali aku lebih mendalam.
Meminjam lagi kata seorang sahabat “If you do not have any wealth to offer me, than i can’t assure you that i will be a good wife for you after we get married. Fair and square right?”
Apa definasi sekufu bagimu wahai insan yang bernama lelaki?
Untuk Kina, Yaya dan Hajar.
yang setia mendengar celoteh hikayat aku yang tidak seberapa dan gelak ketawa akibat stress menghadapi finals.
Nanti kita sambut birthday sama2 okay? ;P
hahaha...sekufu itu bagaimana pada pandangan lelaki?? i teringin sangat nak dengar daripada mulut lelaki2 yang i kenal..nantila i try korek ye yang ^__~ kalu i dapat jawapannye, insyAllah i bagitau u..hehe
ReplyDelete