Well, ini bukan satu pengakhiran yang best dalam hikayat dongeng kank-kanak. Dalam fairy-tales, hampir kesemua puteri ataupun bukan puteri raja PASTI akan bersatu dengan si prince cahrming. Prince charming yang selalu kita di-sogokkan dengan gambaran sosok lelaki yang sangat ganteng dalam baju perisai ala-ala zaman medieval. Ditangan kanannya pasti ada sebilah pedang. Tujuan untuk membunuh siapa ataupun apa yang berani menentang misinya – iaitu untuk menyelamatkan kekasih-hati-yang-baru-dikenalinya.
Itu hikayat kanak-kanak. Hikayat kita yang dah tua bangka ni pulak macam mana? Apa definasi dan gambaran kita tentang prince charming? Sebenarnya prince charming tak wujud. Itu semau khayalan fantasi minda plus igauan yang over-rated sebenarnya. Kalau prince charming wujud, nescaya semua perempuan tak akan ada yang patah-hati dan remuk-redam hatinya. Sebab, gambaran seorang prince charming yang terlakar dalam minda setiap gadis-gadis adalah terlampau perfect. Perfect dari segala-galanya. Hello? Mana ada manusia yang perfect bagai? Mungkin si dia yang bisa buat kamu tersenyum sendirian seperti kerang busuk tu sangat manis dalam bicara harianya. Sangat elok budi pekertinya, sangat elok rupanya...wahahahaha, tak akan lah dapat jumpa lelaki macam ni. Kalau ada pun satu dalam seribu – one in a million ataupun dah extinct. Lelaki macam ni Cuma wujud zaman-zaman Hang Tuah je. Zaman Lady Gaga sekarang dah tak ada da. Kalau ada pun setakat yang gentleman-ada-udang-disebalik-char kway teow batu.
Hikayat prince cahrming aku tak akan pernah selesai. Sebab yang selalu singgah dalam hidup aku ni bak sekejapnya seperti LRT singgah di sesebuah stesen LRT. Less than five minutes. Sadis kan? Alah bisa tegal biasa. Norm kehidupan. Norm hidup gadis yang sedang membesar meningkat dewasa. Mereka yang selalu singgah ni pun bukan lah PRINCE CHARMING. Tapi sekadar yang bisas-biasa yang kononnya hendak menjadi pewira sejati. Tapi hakikatnya, sedikit halangan dan cabaran yang datang, dah surrender. Dah angkat bendera putih. Dah lari lintang-pukang. Ni ke sebenarnya sifat seorang lelaki? Lari dari medan cinta? Hey, lari dari medan perang boleh dihukum bunuh tau? Lari medan cinta? Kita hantar je dia dekat Palestine. Biar kena tembak dengan tentera Zionis. Pueh hati!
Aku dah lali tengok perangai lelaki yang bila mula nak mengayat tu, bahasa dia...pergh, bisa buat jantung ni jatuh tergolek dekat lantai. Hai..setiap kali berbual, setiap tu jugak lah jantung akan asyik tergolek aje. A prominent sweet talker who is hard to resist. Dia macam...minum air soya favourite dekat cafe HS. Favourite sampai hari-hari kena minum soya. Mengalahkan seorang ibu yang sedang megandung. Minum soya sebab nak anak putih melepak macam kapas. Addictive and cannot be resisted. Sweet talker inded. With his sweetness and his carness. Memang dah macam makan satu kotak coklat. ^_~ he flirted. I get the signs and tried to ignorned. Tapi biasa lah kan, hati perempuan ni, keras macam batu kryptonite pun kalau dah hari-hari asyik kena ayat, cair macam ABC kena mata hari. So, we flirt. Just to make another day interesting. The hardest part is that bila kita flirt, kita tak ikut etika atau kita tak baca manual -Idiot’s guide to flirting- The result – both fell for each other. Ni hukum alam. Hukum alam bila dua anak adam berlainan jantina sudah mula ada taman dalam hati. Aku fell hopelessly helpless in love with him.
Dia tak handsome. Oh? Perlukah aku canang ini semua? Hahaha..untuk tatapan umum. Bisa aja. Dia bukan lah prince charming yang seperti mana semua gadis gedik menggambarkan dia didalam sel-sel otak mereka. Dia è biasa-biasa aja. Tiada yang istimewa pada pandangan pertama apatah lagi pandangan yang seratus kan? Hari-hari tengok pun boleh jadi rindu bosan. ;P But he is special in his own ways. Special enough to make me smile like doreamon dapat dorayaki. Pertama kali aku cakap “Saya rindu pada awak.” Hahaha..sangat sengal. Si dia dihadapan hanya tersenyum dan kemudian tertawa. Muka aku waktu tu? Toksah cakap. Macam kena simbah dengan minyak cap kapak je gayanya. Dan aku mula merapu yang bukan-bukan, rasa hendak buka langkah seribu masuk ke tandas perempuan dan tak nak keluar-keluar lagi. Peristiwa pertama kali aku cakap aku rindu pada seseorang secara trang-tang-tang. Ngaaaa ~~~~
Tapi mungkin sekali lagi takdir tidak menyebelahi nasib aku. Nasib aku sentiasa malang dalam hal-hal berkaitan dengan hamba allah yang bergelar ADAM. Kali ini sakit dia 2 kali ganda lebih dari apa yang terjadi tahun lepas pada sem pendek. Hampir setahun berlalu, hampir saja hati terubat datang lagi satu malapetaka kurnia. Tapi kurnia ni ALLAH beri pinjam sekejap je. The most shortest ever. Mungkin sebab niat aku. Niat aku yang dianggap noble oleh teman2 rapat aku. =) ALLAH makbulkan niat aku dan me’misah’kan aku dan kurnia tersebut [è philosophical much? Naah..harap bawa bersabar, sebab anda sedang membaca blog pelajar falsafah tahun ke-3.] Walaupun agak berat untuk aku lepaskan kurnia itu pergi, aku yakin bahawa ALLAH lebih mengetahui. He is the best planner. Kita merancang tapi dia yang menentukan segalanya.
Tapi satu jer aku masih terfikir sampai sekarang. In the first place, kenapa flirt? Am i only a decoy for you to execute the residue that you still have for her? If the answer is yes – may ALLAH forgive you for i cannot forgive you.
Our world will never merge, dear.
We are from two different worlds. Yours and mine will never be together. You and me will never be together. Unless Miracles would side on both of us.
Ps: Kisah dongeng. Jangan percaya 100% apa yang anda baca. =)
Smile always, MishMish.
hahahaha...syai..syai...
ReplyDeletestunning love,eh,can i say it, love story..
or flirt story?hehe
yet the most hurting heart story ever...
be strong girl (for those whose heart has been broken by the tak-faham-aku-lelaki-ni)and be sweet always ^__^ Allah will give u the best one after all these trials that u've passed..hee