Wednesday, September 15, 2010

Alasan Tak Cukup Masa.


Demi masa,sesungguhnya banyak dikalangan kita sekalian hamba ini yang sentiasa kerugian. Rugi kerana apa?Kerana, setiap daripada kita sekalian hamba ini diperuntukkan masa 24jam sehari semalam,namun kebanaykkan kita kita masih lagi berkata "tak cukup masa" atau "tak ada masa." Sebenar-benarnya alasan tak ada masa atau sibuk dengan hal-hal lain untuk menangguhkan apa-apa saja urusan,itu menunjukkan bahawa kitalah gagal 'meneguruskan peruntukan 24 jam itu!'

Setiap diantara kita akan merasakan 'ketidakcukupan masa ini' walaupun,Tuhan yang Maha Mengetahui segalanya telah memberikan 24 jam sehari semalam untuk hamba-hamba-Nya.Tak seorang pun yang diberikan lebih dan tak ada seorang pun yang diberikan kurang dari 24 jam - setiap hamba diberikan sama-rata.

Maha pencipta,Maha Pemurah,Maha Mengetahui bukan sekadar memperuntukkan 24 jam itu kepada hamba-hamba-Nya,tetapi berserta cara pengisian yang benar lagi betul. Waktu-waktu untuk ibadah,waktu-waktu bila untuk riadah,malah waktu untuk istirehat.Namun, kita hamba ini seringkali sengaja melanggar hukum hidup dan kehidupan sempurna yang telah ditetapkan-Nya.

Kita berbalik kepada persoalan, kenapa kita seringkali berasa ketidakcukupan masa? Sebenarnya setiap masa yang diperuntukkan kepada kita seringkali ada 'extra',ada masa tambahan dan 'masa kecederaan'. Baiklah kita lihat contoh paling mudah,iaitu bilakah waktu yang ditetapkan untuk kita sekalian hamba ini beristirehat-merehatkan seluruh tubuh?

Tuhan Maha Pencipta telah menyediakan dua pusingan waktu terbesar, iaitu SIANG dan MALAM. Yang siang sudah ditentukan untuk kita sekalianya melakukan pelbagai aktiviti-selain ada waktu untuk ibadah ada waktu untuk mencari rezeki ada juga waktu untuk riadah. Malamnya pula telah terang lagi jelas untuk istirehat selain diberikan 'peluang' untuk 'extra ibadah'.

Kita sekalain hambalah yang akan memutar tunggang-terbalikkan ketetapan pada waktu -waktu tersebut. Waktu tidur dijadikan untuk berkerja, waktu berkerja dijadikan untuk tidur. Paling tak guna apabila waktu ibadah dijadikan waktu riadah! Kerana tanpa sedar atau sedar,kita melanggar hukum kehidupan,hukum alam,malam hukum tuhan,makanya tidak hairanlah 'nikmat masa 'itu bagai ditarik dari diri kita. Lalu kita pun merungut ketidakcukupan masa.

Hakikat sifat manusia itu sentiasa mencari alasan kerana kegagalan dirinya mengurus sesuatu. Atau sebenarnya kebanyakkan manusia menjadikan alasan sebagai topeng untuk menutupi bahawa dirinya adalah MALAS!

Alasan adalah sebagai salah satu cara untuk menutupi kesalahan atau kelemahan diri. Orang yang sering memberi alasan sebenar-benarnya tak pernah cuba untuk melakukan peubahan dalam dirinya. Alasan tak pernah menyelesaikan apa-apa. Kalau pun dengan alasan yang diberikan kita mungkin mampu untuk menarik nafas lega, namun itu sekadar sementara. Dengan alasan kita akan mengundang lebih banyak kekusutan untuk masa-masa mendatang.

ALASAN APA LAGI? Tatkala seorang yang kaya raya ditanya "mengapa engkau tidak beribadah?" Si hartawan memberi alasan bahawa diri tidak punyai waktu untuk beribadah kerana seluruh waktunya digunakan untuk menguruskan kekayaannya. Mungkin dia lupa bahawa dia sebenarnya tidaklah lebih kaya daripada Nabi Sulaiman AS,yang justu menjadi semakin bertakwa dengan bertambah kekayaanya.

ALASAN APA LAGI? Pertanyaan serupa ditujukan kepada karyawan, "mengapa engkau tidak beribadah?" Si Karyawan menjawab, bahawa dia tidak punya waktu beribadah kerana sibuk dengan pekerjaanya. Mungkin dia juga lupa,bahawa dirinya tidaklah lebih sibuk dibandingkan dengan Nabi Muhammad SAW,yang disamping sebagai ketua negara,panglima perang,Baginda juga seorang pendidik umat.

ALASAN APA LAGI? Bukan kah ALLAH SWT telah jelas berfirman dalam al-quran surah Adz-Dzariyat ayat 56:

Justify Full
وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ?

Lalu alasan apa lagi yang ingin kita sekalian hamab ini berikan?


Sumber: Majalah Blues pg 3-4 (http://heart2heart.blogsome.cm/rodin_66@yahoo.com)

Monday, September 13, 2010

::: Si dia :::


**** He Dosent get HINTS very well. ****

Sunday, September 12, 2010

Pesona Beraya di Desa ^_^

**** 2 Hari sebelum Raya ****

Ehehehe...ape ni? Ini lah die ayam golek yang kakak ipar aku belikan tok aku and the whole family untok juadah buka puasa. Sebenarnye aku dah lama nak merasa ayam golek nih. Sejak aku terpandang ayam golek dekat bazaar ramadhan dekat wangsa maju. Ade jugak aku mengusha member2 aku tok beli tapi paling2 pon dorang akan ckp yang "Ayam tu besaq sangat lah syai. Nnt tak hbs." tak pun "Syai..sekoq tu mahal!" Err..okaylah. Alasan korang tu munasabah gak. So..aku hanya mampu untuk memerhati ayam golek tu digolek dengan haruman rempah-ratus yang saaangat menguirkan! Hahahaha ^_~ So mase aku balik Parit Raja, Batu Pahat tu, dengan muka selamba aku cakap ngn kakak ipar aku "Kak Aya, Ida nak makan ayam golek lah" Mummy toksah cakap lah. Mummy cumer geleng kepala jer. Hahaha! Nafsu makan akhir2 pose ni sangat teruk lah! So, hajat aku dikabulkan. So, aku belasah lah ayam golek ni! =)

**** Malam Raya ****

Klw tahun lepas, aku waste tyme mlm raya aku dengan baling2 mercun, main bunga api dekat laman rumah, isi kuih dalam balang kuih, tengok citer yang best2 kat Astro dan bergaduh dengan anak2 sedara aku, (Sungguh mudah kan kerja aku? =P) Maka thn ni ade sedikit perubahan. Tahun ni aku kene tolong masak lah! Ni awal2 mummy dah ckp "Mlm ni, tlng masak!" Eh? buat2 tak dengar bole tak? Heee...klw korang sumer ingat aku lari dari tugasan ni, aku tak lari dan aku sahut cabaran ni. Cewah ~ ~ So, aku mulakan misi aku dengan mengopek bawang merah dan putih. Menu? Sambal goreng. Ni sumer aku buat sendiri. Kopek bawang merah, aku. Kopek bawang putih pon aku. Hiris bawang putih dan merah pon aku. Hiris cili hijau dan merah pon aku. Aiyooo...cramp tangan aku! Dah ler kene kopek-potong-hiris bawang merah yg sebakul tu! Serai dan halia, aku serah dekat kakak ipar aku. Ni preparation jer. Besok pg2 baru masak! Aktuali ni favourite juadah raya aku dengan abng aku. Hah! mase dlm kereta tu abng aku dah ckp dengan mummy "mak, masak sambal goreng eh? Tinggal masak jer. Bahan2 mentah dah ready." Aku dalam hati pulak dah..jgn lah aku kene kopek bawang2 ni sumer. Tapi aku kene heret skali ~ ~ TeeeHee ^_~

**** Pagi Raya ****

Macam biasa. Masak ler. Aku cumer masaksambal goreng jer. Kuah lodeh kakak ipar aku yang masak. So overall juadah raya aku di kampung adalah seperti berikut : Ketupat-lemang-lontong-sambal goreng-kuah lodeh-ayam goreng. Itu lah die juadah aku ngn family. Than, macam biase, ramai yang berkunjung. Aku sembunyi dalam bilik. (Hahahaha..sembunyi??) malas nak bagi air. Hehehehe...Baju raya aku thn ni, warne kuning. Very the kuning! Than kakak ipar aku ckp kat aku yang baju aku ni cantik (masya allah) dan bole buat baju tunang. Eh? Baju tunang? ade plak..than aku layan kan lah. Aku balas "yelah...nnt ida bagi tau dekat Dia(whoever he is) nnt soh carik bju warne kuning jugak yer?" Bajet lah aku dah ade special someone. Klw dah ade tu lain citer la kan?? Err..tapi bagos gak idea kakak ipar aku nih. Save sikit klw baju tunang dah ade. lagipun Rasulullah tak mengalakkan kan kiter hebohkan sangat upacara pertunangan. Takot tak jadi nanti malu 7 keturunan. Hehehe..yang baginda suruh war-warkan pun ade lah walimah perkahwinan itu jer. Tu pun jgn sampai membazir/riya'/dan berhutang keliling pinggang! [Eh...aku dah bebel jauh dari topic pulak!]

**** Malam Raya ****

So sebelah malamnyer, kiterorang pulak berkunjungan. Dah penat berkunjungan..(Errr..tak payah citer lah. Korang pon tau kan ape yang terjadi biler berkunjungan?) kiteorang pun balik. Okay..i think this part is the most grusome part that ever happened to me!!! Tikus masuk kain aku!!!!!!!!!!! Ewwww!!!!!! aku pon tak tau mcm maner tikus tu bole salah corner and masok kain aku! Mungkin sebab rumah gelap, and biler kiterorang bukak lampu, tikus tu terkejut tak? Aku punyer lah histeria, ya rabbi...bole terkene heart attack aku! Err..tak leh nak salah kan abng aku jugak. Runah kampung katakan. So, all sorts of creature adelah kan?? Pengalaman malam raya pd thn 2010! *aku tak paham kenapa orang kata Mickey Mouse tu cute!*



Last but not least,
Happy Eid everybody!
Selamat menyambut hari raya aidilfitri.
Maaf zahir&batin.
Jikalau ader terkasar bahasa, terkasar perlakuan dan segala 'ter-ter-ter' yang aku tak ingat, mohon diampuni dan moga segala ikatan persahabatan dan segala bagai ikatan akan berkekalan hingga ke akhir hayat!
AMIN
^_~

Tuesday, September 7, 2010

Kueh Raya last Min ~ ~

**** Double-Choc Koko Crunch ****


**** Honey-Glazed Cornflakes ****

First and for all, Aku nak cakap tima kasih bebanyak dekat Nadiah, Yaya and Fadilah sebab semalam dorang jadk food-taster @ critics untuk kueh raya aku. Thnx sebab bg honest remarks korang..Hehehehe..

Aku sajer jer upload dekat blog sebab aku tau tak ramai orang tau yang blog aku wujud and blog aku tak ramai follower...Hehehehe

So...sesaper yang nak rasa, sila kan lah diri anda datang ke teratak aku yang tak sesebrapa ni..

Last but not least...Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin.
Jika ada tersalah-silap disana- sini, Harap maafkanlah yer ~ ~




Sunday, September 5, 2010

Teman dan Chocolate Chip



Alhamdulillah...
Siap sudah chocolate chip cookie aku ni.
*Walaupun chocolate cookie aku ni tak nampak mcm kat atas*
Dengan berkat tolong mummy dan abah, at last kuih aku siap gak satu balang.

This is my First attempt buat coklat cip ni hasil mengikut resipi dekat internet. Aku belasah je. Tapi at last alhamdulilah it turn out sedap lah wlpn tak sesedap famous amos. Tapi overall sedap. *Errr ni puji diri sendiri ke?*
hmmm....
selalunyer aku akan buat cornflakes madu aje. Tapi entah kenapa aku tetibe terrrrrgerak nak buat coklat cip ni. Apakah penyebabnyer smp aku jadk rajin nak buat coklat cip wlpn die punye persediaan agak leceh. ^_~
Nvr mind. Aku just keep to my self though. Hahahaha
That is soo lame lah sey..

Okay...enough with that.
Tadi..aku ade iftar dengan bebdk irsyad yang lain.
My god. After 5 years tau, Bru dpt jumpe balik?
Hailoh..sumer dah berubah. Dan ade jer yang dah bertunang. Alhamdulillah.
Happy sangat tadi jumpe dorang. N tak sangka, wlpn aku slalu benar MIA, but i was really touched when Mardiah said to me "No matter what, you'll always be part of us.."
Uwaaaa...so sweet!!!!!
Ni sumer happened after Ainul buat tazkirah after maghrib. We had a open -sesi bermaafan-..n yes..i cried. Entah knp tetibe aku nanges. Syahdu sungguh!
Hahahaha...
Errr...
nak citer cikit.
Lepas maghrib tadi ade lah sesi updates psl diri sendiri.
So..ya lah, we had to tell lah our current situatons lah like study pat mana,tahun brape,course ape..yada n yada..
So turn aku,
Ehehehe..aku intro lah..
than aku ckp

*seperti Ainul,Aku juga insya ALLAH akan migarte. Tapi dekat je. Malaysia.*
Skali...
Natrah sampuk "ouh...." (wth her index finger goin back and fronth)
she said "Ni mesti dah ade calon ni kan????"
Hahahaha..than the whole living room went up-roared!!!!
Sape? Orang mane? Nasib baik x tnye satu U ke tdk..Phew ~ ~
Fullamak...
hmmm..
Harap-harap malam ni mlm lailatul qadar..
Harap-harap ALLAH makbulkan doa aku.
Hopefully...adakah Si dia adalah that someone?
Amin..Amin Ya rabbal Amin.

Friday, September 3, 2010

Die!

Errr...aku tak tau sebenarnye nak blog pasal ape. Tapi entah lah ehk kenapa aku tetibe rindu die. Rindu nak chat dengan die. Rindu sangat dengan loyar buruk die. Rindu sangat dengan idea die. Rindu sangat dengan celoteh ‘berisi’ die. Rindu sangat dengan perangai die yang kepo ala-ala concern gitu. Tapi i don’t know how to reach him. He may be walking on the same grounds and under same cloud as me but he seems to be far away. Million miles apart. How i wish i could spent an evening with him just to talk and exchange ideas. How i wish he would be the very friend i wish he could be.


Errr...Muhasabah ^_~


Tomorrow’s gonna be the 24rd day of fasting . Another 6 more days to hari raya. And i started to ponder on something. Last Saturday, (maaf lah klw post2 akan datang ni mesti ade perkataan LAST dan diikuti oleh nama hari. Ive been very busy juggling to understand philosophies) i went for an iftar with my dear friends of IRSYADIANS. Im so gonna miss those moments spent with dear Mahera,Sakinah,Fatimah and Husna! When i reached Husna’s car, i noticed slightly different about her. It was her clothing. Than aku cube ingat2 balik. 2 minggu lepas, cara pemakain die lain. Hari ni lain. Ruper-rupernye bukan aku sorang jer yang notice die dah berubah. Yang lain pun perasan. Alhamdulillah aku happy die berubah from good to better. Biler pulak aku nak jadi macam gitu kan? Biler yang lain tanye nape Una tukar? Die jawab simple giler. “Aku malu dengan diri aku sendiri.” And i know deep down inside die change for the sake of ALLAH. To be a better Muslimah. Ya ALLAH bile pulak turn aku?

Aku tak tau whether aku ni tak kuat untuk berubah atau aku memang tak nak berubah. Tapi hati aku rindu nak ke arah yang lebih ‘terisi’. Aku masih tercari-cari ape die sebenarnye konsep ‘terisi’ tu?

Wednesday, September 1, 2010

Sabar atau perlu maki balik?

This was supposed to be last friday's entry. But since i was super duper attending iftar disana sini dengan member2 UIA dan yang bukan UIA maka, entry ni aku terpaksa delay. Nak dijadikan cerita, Jumaat lepas aku ikot zeid pergi jalan T.A.R and daerah Mesjid Jamek sebab..(ala, biaselah. Kalau dah dinamakan perempuan, mestilah cari barang tok raya kan? So aku ikot die g carik shawl dan cuci mata dengan baju2 raya yang sangat glam tahun ni!!!) So, from one shop to the other shop kiterorang masuk. Tapi tetibe hujan turun dengan maha lebatnyer so, tak santai sangat lah. Sebab agak leceh nak shopping dekat jalan TAR tu bile hujan. Memang lecak habis. Tapi aku dengan zeid masih meneruskan misi kiter dengan mencarik-carik shawl yang cantik dengan harga yang berpatutan. (ade satu kedai tu, die jual shawl dengan harge rm25! Cekik darah betol!).

At last, dapat lah semua shawl yang die nak tu. Shawl biase2 je. N aku yang @ first tak nak beli,akhirnye beli jugak satu. Untuk waktu aku malas nak pakai tudung biase dengan brooch,maka aku akan lilit je shawl ni and pakai ngn abaya. ^_~

Than...aku decide, ape kata kiter buka dekat KLCC? Zeid die okay jer. Die manusia paling senang aku dampingi sejak 3 tahun yang lalu. Tak banyak songeh. Asalkan die dapat makan, die okay jer. Than kiter pon gerak to Lrt mesjid Jamek. Sampai jer dekat LRT station, aku dah tak nampak counter ticket dah..yang aku nampak manusia jer..dah mcm lautan manusia dah station mesjid Jamek tu. Okay, tu satu hal, pastu train plak buat hal. Dah lah lambat satu hal pastu this one particular pintu ni bole tertutup dengan sendirinyer! Hailoo ~ ~ nasib baik aku dapat tarik zeid. Klw tak, tersepit kawan aku yang sorang ni!

Alhamdulillah...walaupon sesak degan manusia, tapi akhirnye, sampai gak aku dengan zeid dekat KLCC. So, since sampai je dekat KLCC, waktu dah nak maghrib, aku ngn zeid gerak g surau die dekat ground level. Biler dah masuk maghrib and zeid dah solat kiter troz g carik makan. After makan and jalan2 sambil window shopping its time to go back. Tyme aku on the way nak ke LRT, tetibe aku mcm dengar ade orang panggil ""adik..adik" for several times (errr..knp asyik aku jer yang dengar tapi bukan zeid?) so aku toleh lah. Kot..kot ade barang tercicir ke hape ke...sekali ade satu pakcik ni tercegat kat depan aku sambil tersengih mcm kerang busuk..

Die cakap kat aku yang die takde duit and beg duit die plus phone sumer tercicir. Aku rase pelik semacam jer..dah lah bahasekan diri die "abang"! Abang lah sangat..rambut dah beruban! Aku pikir2..patot ke aku bagi duet atau ni tatik kotor sestengah manusia?

Tapi @ last aku tak bagi sebab die tipu! Die kate die takder duet. Tapi biler dier seluk poket die (kononyer nak tunjuk yang die takde duet..) aku ade lah nampak duet singit-singit (dlm rm2 atau rm3 gtu) and duet syilling. Zeid bisik kat aku, "syai, die ade duit". Aku teros pusing n buat bodo.

Sekali aku terdengar "SIAL LAH KORANG"

Errrr....tersirap darah aku. patut ke aku: a) Diam n jalan teros
b) Baling die dengan kasut Vincci aku?!