Wednesday, September 15, 2010

Alasan Tak Cukup Masa.


Demi masa,sesungguhnya banyak dikalangan kita sekalian hamba ini yang sentiasa kerugian. Rugi kerana apa?Kerana, setiap daripada kita sekalian hamba ini diperuntukkan masa 24jam sehari semalam,namun kebanaykkan kita kita masih lagi berkata "tak cukup masa" atau "tak ada masa." Sebenar-benarnya alasan tak ada masa atau sibuk dengan hal-hal lain untuk menangguhkan apa-apa saja urusan,itu menunjukkan bahawa kitalah gagal 'meneguruskan peruntukan 24 jam itu!'

Setiap diantara kita akan merasakan 'ketidakcukupan masa ini' walaupun,Tuhan yang Maha Mengetahui segalanya telah memberikan 24 jam sehari semalam untuk hamba-hamba-Nya.Tak seorang pun yang diberikan lebih dan tak ada seorang pun yang diberikan kurang dari 24 jam - setiap hamba diberikan sama-rata.

Maha pencipta,Maha Pemurah,Maha Mengetahui bukan sekadar memperuntukkan 24 jam itu kepada hamba-hamba-Nya,tetapi berserta cara pengisian yang benar lagi betul. Waktu-waktu untuk ibadah,waktu-waktu bila untuk riadah,malah waktu untuk istirehat.Namun, kita hamba ini seringkali sengaja melanggar hukum hidup dan kehidupan sempurna yang telah ditetapkan-Nya.

Kita berbalik kepada persoalan, kenapa kita seringkali berasa ketidakcukupan masa? Sebenarnya setiap masa yang diperuntukkan kepada kita seringkali ada 'extra',ada masa tambahan dan 'masa kecederaan'. Baiklah kita lihat contoh paling mudah,iaitu bilakah waktu yang ditetapkan untuk kita sekalian hamba ini beristirehat-merehatkan seluruh tubuh?

Tuhan Maha Pencipta telah menyediakan dua pusingan waktu terbesar, iaitu SIANG dan MALAM. Yang siang sudah ditentukan untuk kita sekalianya melakukan pelbagai aktiviti-selain ada waktu untuk ibadah ada waktu untuk mencari rezeki ada juga waktu untuk riadah. Malamnya pula telah terang lagi jelas untuk istirehat selain diberikan 'peluang' untuk 'extra ibadah'.

Kita sekalain hambalah yang akan memutar tunggang-terbalikkan ketetapan pada waktu -waktu tersebut. Waktu tidur dijadikan untuk berkerja, waktu berkerja dijadikan untuk tidur. Paling tak guna apabila waktu ibadah dijadikan waktu riadah! Kerana tanpa sedar atau sedar,kita melanggar hukum kehidupan,hukum alam,malam hukum tuhan,makanya tidak hairanlah 'nikmat masa 'itu bagai ditarik dari diri kita. Lalu kita pun merungut ketidakcukupan masa.

Hakikat sifat manusia itu sentiasa mencari alasan kerana kegagalan dirinya mengurus sesuatu. Atau sebenarnya kebanyakkan manusia menjadikan alasan sebagai topeng untuk menutupi bahawa dirinya adalah MALAS!

Alasan adalah sebagai salah satu cara untuk menutupi kesalahan atau kelemahan diri. Orang yang sering memberi alasan sebenar-benarnya tak pernah cuba untuk melakukan peubahan dalam dirinya. Alasan tak pernah menyelesaikan apa-apa. Kalau pun dengan alasan yang diberikan kita mungkin mampu untuk menarik nafas lega, namun itu sekadar sementara. Dengan alasan kita akan mengundang lebih banyak kekusutan untuk masa-masa mendatang.

ALASAN APA LAGI? Tatkala seorang yang kaya raya ditanya "mengapa engkau tidak beribadah?" Si hartawan memberi alasan bahawa diri tidak punyai waktu untuk beribadah kerana seluruh waktunya digunakan untuk menguruskan kekayaannya. Mungkin dia lupa bahawa dia sebenarnya tidaklah lebih kaya daripada Nabi Sulaiman AS,yang justu menjadi semakin bertakwa dengan bertambah kekayaanya.

ALASAN APA LAGI? Pertanyaan serupa ditujukan kepada karyawan, "mengapa engkau tidak beribadah?" Si Karyawan menjawab, bahawa dia tidak punya waktu beribadah kerana sibuk dengan pekerjaanya. Mungkin dia juga lupa,bahawa dirinya tidaklah lebih sibuk dibandingkan dengan Nabi Muhammad SAW,yang disamping sebagai ketua negara,panglima perang,Baginda juga seorang pendidik umat.

ALASAN APA LAGI? Bukan kah ALLAH SWT telah jelas berfirman dalam al-quran surah Adz-Dzariyat ayat 56:

Justify Full
وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ?

Lalu alasan apa lagi yang ingin kita sekalian hamab ini berikan?


Sumber: Majalah Blues pg 3-4 (http://heart2heart.blogsome.cm/rodin_66@yahoo.com)

No comments:

Post a Comment