Tuesday, October 6, 2009

Pemohonan maaf secara terbuka.

O....kay...
Sejak aku post entry tentang yang tak berapa baik [ Tak berapa baik? Tapi entah lah..malas nak cakap lebih2 karang kene gam tak pasal2 lah pulak.] Aku adelah dapat teguran,nasihat dan berbagai kata2 yang agak urmm baik lah agar aku tidak meneruskan aktiviti-aktiviti meng'post' gambar2 yang menyentuh sensitiviti kaum Adam nih.
Seperti yang telah aku katakan dekat entry aku yang lepas..Syaida bukanlah seorang feminist yang ekstremis atau pembenci lelaki atau anti-lelaki ke ape kan. Yelah cume alergi aje. Alergi yang takde ubatnyer. (",) Setelah merujuk kepada kamus Oxford, edisi terbaru, mukasurat 233 coloum yang pertama baris ke 13, Feminst membawa maksud " advocacy of womens right and sexual equality". Syaida bukan seorang pejuang wanita dunia sejagat dimana dia membawa sepanduk mengutarakan akan hak perempuan atau pun membuat demonstrasi haram kat mana sambil lantang menjerit menuntut keadilan wanita. Syaida hanya duduk di depan lappynya sambil post that harmless picture. Aku takdepun mengeluarkan isu-isu berat. Salah ke?
Jenayah ke aku post that picture? Mungkin sesetengah kate...takpelah. Blog kau. Suker hati lah nak tulis ape pun. Btol pon. Suara kat dalam kepala aku mengiakan. Aku bukannya racist pun.
Tapi yelah..mane ade orang perfect kan? Semua orang buat salah. Semua orang buat silap. Itu cara kita jadi matang. Itu cara kita membesar.
Aku dah mula sakit kepala. Sakit kepala sebab layan orang yang memperbesarkan isu yang sebenarnye kecik. Orang lain diam tak berkutik, dia pulak yang marah aku ala-ala macam aku dah calarkan kereta dia. Aku tak suke sakit kepala sebab bende yang remeh-temeh. Kenapa terasa? Kenapa tetibe rase macam hati tu seolah-olah ditusuk dengan pedang samurai?
"Ni dah case tergolong dalam mencaci orang. Salah disisi agama" Huh? Pulak da..aku dah dikategorikan sebagai pencaci orang lah pulak...tapi takpe. Aku tak kesa. Aku tak kacau orang.
Buat bodoh aje lah Syai...orang ade mulut. Biarlah diaorang nak cakap ape. Sebab mulut ni tak bole nak ditutup.Lainlah tempayan. Senang jer nak tutup. Better kau layan Anas Koq punye video daripada kau layan orang tu. Gelak ajer tak lah sakit-sakit kepala.
Its hard to please people. *Sigh*
Maaf kepada yang terasa. Blog entry tersebut hanya untuk back-up kwn2 prmpn aku yang telah dihancurkan hatinyer. Tak berniat nak menghentam sesiapa especially kaum Adam yang terasa diri mereka yang tak patut dilabel "boys are stupid. Throw rocks at them" mintak ampun banyak-banyak.

No comments:

Post a Comment