Ini adalah buah Apricot. Buah Apricort ni sedap kalau dimakan. Apricot ni sedap dimakan klw kita jadikan dia as one of the toppings for fruit tart. Memang menjilat jari la beb! Ade yang dibuat jadi ice-cream, jem, and also pie. Kira memang sedap lah.
Tapi aku tak nak membebel pasal resepi Apricot pie atau, ice-cream ni. Sebab bila aku tengok gambar apricot ni atau terlintas perkataan apricot ni dalam kepala otak aku, aku mesti teringat dekat sahabat aku sorang yang dekat Mesir. Aku tak pernah jumpa dia. Tapi aku kenal dia lewat Friendster masa aku tahun pertama dekat UIA. Dia yang tegor aku dulu dekat Friendster. Dari mesej terus ke YM messenger. Boleh dikatakan hari-hari aku YM dengan dia. Dia ni, aku anggap macam abang aku sendiri. Dan aku bahasakan diri dia sebagai 'Along'.
Pernah sekali tu dia post gambar apricot yang dia edit sendiri dekat friendster comment aku. Waktu tu aku terharu sangat. Heee..sebab ade orang buatkan gambar apricot..[eh, angau ke apa aku ni?] Aku suka kawan dengan dia. Sebab bila aku berbual dengan dia, aku rase tenang dan happy sokmo jer. Dia ni jenis alim-warak lah jugak sebab masa dia balik malaysia dulu, pernah sekali dia cakap kat aku yang dia tak kasi aku mesej dia selalu. Sebab dia nak belajar dan tak mahu diganggu. Aku okay aje. Aku tak marah dan aku respect pendirian dia.
All i can say is that he is the sweetest guy lah. Sangat sweet. Tapi sayang sebab aku dengan dia cuma bersahabat. Dan kami berdua sudah sepakat yang kita tidak boleh langkah lebih dari garisan persahabatan yang kita orang dah gariskan. Tapi something went wrong in the middle. And we lost contact. Aku rasa aku nak berkawan dengan dia balik. I have to fix somewhere eventhough im not sure where to fix.
Owh ye..ape kaitan dia dengan apricot kan? kaitannya, dia memang suka panggil aku dengan perkataan tu dalam bahasa arab. Apricot dalam bahasa arab ade lah MISHMISH. Orang lain panggil aku Syai je. Owh lagi satu, dia pon suka panggil aku SYAI. Sebab SYAI dlm bahasa arab adalah TEH. Dan dia suke minum teh. Hahahaha [Sah aku dah merepek ni!]
And please jgn tanya dari mane aku dapat nama MISHMISH ni. Okay, fine, aku bagi tau. Aku dapat dalam kamus lah. Nampak macam cute jer perkataan tu. So, dengan tanpa rasa malu, aku amek perkataan tu dan aku guna. So, sekarang ni dah hampir 4 tahun gak aku pakai nama MISHMISH nih... =) and trust me, tak ramai tau yang MISHMISH means APRICOT!
Aktuali aku dah ngantok.
tapi aku nak post gak entry ni sebab aku tetiba teringat dekat Along.
tapi aku nak post gak entry ni sebab aku tetiba teringat dekat Along.
To Along, klw along dah tak ingat kita, kita tak kecik ati. Kita tetap dokan along walau dimana pon along berada. [erk...mcm jiwang jer bunyinyer..]
No comments:
Post a Comment