Tuesday, November 30, 2010

Exhausted T__T


Okay. Aku seriously penat giler nak mati. Mati pun tak giler macam gini. Aku penat sebab aku kena layan 2 anak sedara aku yang hyper-active nak mati. Hyper-active macam mana? Active lah. Umur sorang 8 tahun yang lagi sorang 10 tahun. Tapi perangai mengalahkan budak yang umur 4 tahun. Dorang ni tersangat lah active. Active menyepahkan rumah aku. Rumah aku pagi2 bersih. Tapi belum masuk tengah hari dah macam tsunami langgar! T___T

Dan aku raaaasssseee aku boleh kuruih lah lagu ni. Aku rase kalau aku cuti lagi sebulan gaknyer memang confirm aku akan kuruih. Kuruih sebab makan hati dan kuruih sebab asyik kena bersihkan rumah saja. Memang aku boleh kuruih, tau kenapa?

Cuba bayangkan, Aku da sapu, mop dan segala bagai. Tapi, tak sampai setengah jam, aku dah nampak balik dah kertas la...sampah la...coklat wrapper lah dan bermacam-macam khazanah lah kat lantai rumah aku. Da...aku kena bangun amek penyapu dan saaaapuu baaalik. Lepas sapu plak, kusyen dengan bantal atas kusyen tu bersepah plak kat atas lantai. Aku kutip dan susun balik elok2 kat atas kerusi. Okay. Lega. Rumah kembali normal. Aku kembali bertapa depan laptop. Jeng..jeng..jeng...tak sampai sepuluh minit bersepah balik. Rumah aku bersepah balik. Lantai rumah aku berpasir balik. Dah terasa macam tinggal sebelah pantao lah pulak. Rumah asyik berrrpasssiirrr ajer. Huish! Tensionnyer aku!!!!




Bantal kusyen terbalik kat atas lantai. Kertas hasil contengan ala-ala Da'vinci atau Michaelangelo tu bertabur kat atas lantai. *Menyesal pulak kasi magic pen dengan paper kosong* X____X Aku dah banyak kali sound, tapi dorang ni memang tak makan sound. Aku nak piat telinga, anak orang.

Seriously, tak tau dah berapa kali dalam sehari ni aku sapu dan mop rumah aku. Dah berapa kali aku bangun dari tempat bertapa aku sambil kutip kusyen2 yang bertabur kat atas lantai.


Dan aku exhausted gilerrr..X____X (Tak larat nak citer panjang2)

Monday, November 29, 2010

i WANNA be an EGYPTOLOGIST...errr Lawyer?? ;P


Assalamualaikum...

Hellllooooo uoolllsss ;P Kalau sebelum2 ni aku asyik buat entry pasal aku kuar la..ape yang aku makan la...hari ni aku nak buat entry pasal cita-cita (ambition) aku mase aku kecik2 dulu. Aku dulu masa aku darjah 5, abang sulong aku ada bawak family aku pergi tengok cerita The Mummy. Haaa..aku ni dulu masa kecik2 aku ni penakut nak mampus! Tapi cerita The Mummy ni takde lah seram mana. Tapi masa aku kecik2 tu agak terkejut2 jugak lah bila nampak mummy yang dah laaammaa gila mati tiba2 hidup semula. Memang boleh terkena serangan jantung laaa masa tu. Tapi entah macam mana, aku seakan2 terpesona dengan keindahan mesir purbakala. Aku instantly fell in love with Egypt dan segala-gala yang bersangkut paut dengan Ancient Egypt such as 'tombs' 'valley of the kings/queens' 'pyramids' and of course the 'Mummies'!!!! Hehehe, pelik kan aku? Aku memang pelik. Orang lain bercheta-cheta nak jadi 'Doktor' 'Magistrate' 'Lawyer' tapi aku, aku memang nak pergi sana dan buat kerja korek-mengorek ni semua. Pada aku tu tersangatlah heaven! Aku tak kesah sangat kalau bergelumang dengan pasir sebab aku minat.



Kat atas nih, Hieroglyphs. Kira macam alphabets yang kitaorang blaja masa kecik2 dulu. Kalau korang blaja sekolah Agama plak, selain blaja huruf alphabets korang bertuah sebab dapat kenal huruf2 jawi dan huruf arab atau huruf al-Quran. Kesemuannya ada 28 huruf..meh kita ulang dari Aliff..Baa..Taa..hinggala yaaa..hah, ingat lagi ke dah lupa-lupa? Kalau lupa, baik korang bukak balik kitab muqaddam dan baca balik atas rehal macam mana korang buat kat surau lepas solat isyak masa korang kecik2 dulu. Heiii..aku dah melencong ke tempat lain plak. Okay, kita berbalik pada huruf2 orang2 mesir purba kala nih. Unik kan? pada aku sangat unik. Itu yang buat aku makin berminat nak mendalami ilmu arkeologi terutama egyptology ni.



Tapi mak aku memang tentang habis-habisan kerjaya yang aku pilih nih. Disebabkan aku bersekolah agama penuh, mak aku rasa benda yang aku nak jadi ni bertentangan dengan apa yang aku belajar selama ni. Senang kata, dia lebih suka kalau aku pilih bidang agama. Hahaha..dia lagi suka kalau aku pergi Mesir buat degree dekat Al-Azhar tapi bukan pergi sana dengan buat kerja yang 'kurang sesuai' dengan kredibiliti aku sebagai seorang perempuan la...Kira kerja korek megorek ni hanya untuk lelaki sahaja. ceh, ade ke patut? Okay, takpe. But still, aku memang tersangat lah mesmerized dengan keindahan seni orang mesir purba ni. I still can't described what makes me really fell in love with ancient Egypt. Aku dulu memang habuk tak tau pun pasal Ancient Egypt nih. Aku 'educate' diri aku sendiri tentang hal ehwal mesir purba ni. How do i educate myself, you may asked? Aku pergi library dan duduk berjam-jam lama dan aku belek-belek dan aku baca tentang buku yang berkaitan mesir purba ni. Dan bila library nak tutup, aku pinjam buku dan sambung balik baca dekat rumah. Memang aku educate habis-habisan tentang mesir purba ni. Memang aku fall in love dengan mesir purba la..=D Still, sampai sekarang after ten years, aku masih 'mencintai' mesir purba ni. ^_^


Heh, ni ambition aku masa aku menegah dua. Korang jangan nak ketawakan aku sebab aku asyik tukar2 cita-cita. Eleh, mase korang kecik2 dulu pun korang selalu gak buat benda cenggini kan?? Lepas satu ambition, satu ambition korang nak jadi. Tapi time aku kecik2 dulu, ambition paling femes amous bila orang letak dalam diary/biodata adalah:

  1. Doctor.
  2. Teacher.
  3. Lawyer
  4. Pilot.
  5. Engineer.
Becoming a Doctor, Teacher and Lawyer are the top three most famous/favourite/ambitions yang budak2 hengusan ni akan tulis dalam biodata dorang. Memang cita-cita kengkawan aku ni memang hebat2 belaka. Semua gaji yang beriban-riban lah kat dalam akuan bila hujung bulan tiba. Termasuk diri aku yang tak seberapa nih. ^_~ So, yes. Aku nak jadik lawyer atau peguam atau yang sewaktu dengannya. Hahahaha.. Seingat aku, aku nak jadi peguam syariee'. Ceh, bajet bagus btol aku nih. Bila mak aku tak kasi aku jadi egyptologist, aku pilih nak jadi seorang peguam. Cewaaahhh...tapi sekali lagi niat aku yang suci murni bak salji turun pada hari krismas terbantut untuk kali yang kedua. Haaaa..kenapa ye? Sila ikut cerita aku dibawah ini.


Kenapa ye terbantut? alkisah pada hening tahun..(aku tak hengat plak tahun brape) aku dalam kelas Fiqh. Aku tak hengat kitaorang tengah blaja bab apa. Maybe muamalat. Maybe Munakahat. Seyes aku tak hengat. Tapi aku akan hengat sampai bila-bila peristiwa ni. Sebab peristiwa ni lah aku tak bergelar pelajar 'Law' dekat UIA. ;P *mode tak pueh hati*. [Jap eh? aku sambung. Aku nak pergi makan jap] =) *selang setengah jam berlalu* Okay, i'm back. Burrrp..Alhamdulillah aku dah kenyang. Boleh lah aku sambung balik hikayat cerita aku nih.

Okay...kiterorang tengah blaja Fiqh. Waktu tu petang kalau tak silap aku. Masing2 dah ngantuk. Tinggal nak landing jerrrr kat atas meja tu. Siapa boleh angkat kan blaja Fiqh time lepas solat zohor? Nak2 lagi bila perut dah diisi dengan nasi lemak masa lunch kan? Alamat mata pelajaran Fiqh tu ibarat 'lullaby' tok kengkawan aku ni tidur la. Disebabkan tak nak ada aksi orang terlentok kat atas meja atau pun ada 'burung belatuk' tersengguk-sengguk sebab ngantuk punya pasal, maka Ustaz aku pun buat lah sesi 'bual-bual kosong' dengan anak-anak muridnya yang terchenta nih. Topik? Cita-cita/Ambition ^_^

Ceh..kawan aku semua dengan bangga jawab la.. "Saya nak jadi Teacher, Ustaz."
"Saya nak jadi Doktor, Ustaz.." bla...bla...yadaa..yadaa..pot-pet..pot-pet...so bila time aku, Ustaz aku tanya aku. "Enti, mahu jadi ape, Syaida?" Aku dengan bangganya jawab "Saya nak jadi Lawyer, Ustaz". Perghhh...skema btol jawapab aku nih. ^_^


Ustaz aku senyum. Senyum dia ni memang mysterious habis. Aku plak terpinga-pinga..eh? eh? Kenapa Ustaz senyum2 nih...Aku tak buat lawak la... T___T Skali Ustaz aku jawab "Enti tahu tak yang Peguam ni golongan paling akhir masuk Syurga?" Aku: "Hahhhhhhh?!!!!!" Paling last masuk syurga? Serious ke ape?! Weh..tak nak lah masuk syurga last X__X Tak best sungguh! Time tu jugak aku tukar cita-cita aku. Hahahaha..bila aku kenang balik, memang kelakar. Yelah, bila budak hingusan dengar macam gitu, mesti dia takut kan? Nak2 lagi paling akhir masuk syurga. Golongan paling akhir, you! Tak bole blah aku time tu. Takut semacam... -_-'

Bukan salah Ustaz aku pun. Aku yang salah tafsir. Bukan straight tak bole masuk syurga pun. Masuk cuma lambat la. Sekarang ni baru aku paham siket la apa maksud Ustaz aku tu. Maybe because the nature of the job maybe. Tapi sampai sekarang aku tak jumpa lagi lah dalil2 yang kukuh bahawasanya golongan mahami (lawyer dalam b.arab) ni masuk syurga last. nanti2 lah aku belek mana kitab atau tanya lecturer2 aku tentang hal ni. Bila aku ada bukti nanti aku bagi tau lah. So, bakal2 lawyer, cita2 anda sungguh murni. Penegak keadilan. Kalau korang takde, nasib orang2 macam aku ni tak terbela ^_^. Buat benda yang elok2, jangan jadi corrupt. Jangan terima rasuah. Jangan terima saksi palsu. Jangan bela orang salah. Jangan lupa solat. Insya Allah entah2 u all masuk syurga dulu sebelum aku. *peace*

Sekarang nih, aku bahagia dengan bidang yang aku amek dekat UIA. Alhamdulillah aku tak salah pilih course. Aku happy blaja course aku. Aku makin jatuh cinta dengan Islam. Aku makin menghayati Islam. Alhamdulillah..Alhamdulillah.. =)
Mungkin ada hikmah kenapa aku tak amek course 'law'. Allah lebih megetahui. Moga kita sama2 dapat membela umat2 dan saudara seIslam kita.

LoveHugsandKissess
from
me
to
u
^_^

Sunday, November 28, 2010

Mirwana


Helllloooooosssss...Tapi tetibe aku terpanggil nak komen sesuatu. Klw korang sumer rase ape yang aku komen bertentangan dengan pendepat korang, korang diberi hak veto untuk membalas balik. Aku tak kesa. Masing-masing ada pendapat masing-masing kan? Hee ^_^

Walaupun dah hampir seminggu Anugerah Muzik-Muzik yang ke-25 berlangsung, tapi masih banyak lagi komen-komen tak pueh hati kat youtube mengenai sesetengah lagu yang mereka rasa patut layak ke separuh akhir tapi tak dapek masuk pun. Memang kalau korang baca komen2 yang dilemparkan oleh pengkritik2 wananbe ala-ala simon cowell ni memang pedas-pedas belaka. Kalau korang follow-up muzik-muzik dari awal tahun, and kalau korang tengok semua lagu-lagu yang tercalon untuk berentap pada separuh akhir pada 8hb/15hb dan penentuannya pada 22/11 pasti korang semua tak boleh nak predict lagu mana yang akan tercalon untuk peringkat akhir. Antaranya: Drama King - Meet uncle hussien feat Black, Selamat Malam - Faizal Tahir, Kebahagiaan dalam perpisahan - Shahir dan banyak lagi la kalau nak disenaraikan.




Tapi dalam celahan-celahan lagu-lagu ni terdapat 2 buah lagu yang dibawa oleh kumpulan Mirwarna. Tika Masanya - Mirwarna Feat.Hujan dan Manifestasi Cinta Fiq Feat.Mirwarna. Lagu ni pada aku sangat best. Mesej yang hendak disampaikan dalam lagu ni memang senang nak ditangkap. Okay, aku bukan arif sangat dalam bab2 muzik ni, tapi bila tengok persembahan mereka malam tu, sangat elok dan decent. ;P Lontaran vokal dari kumpulan Mirwana yang sememangnya terkenal dengan jolokan "Harmonious vocal group" tak perlu dipertikaikan lagi. Suara dorang tersaaaaaangat lah sedap. Fine, kenapa aku backing sangat dorang ni sebab, aku pernah dengar dorang ni nyanyi secara live masa dorang buat persembahan dekat UIAM dua tahun lepas. Susunan muzik bagi lagu Tika masanya dan Manifestasi cinta memang sedap untuk didengar. Walaupun ada gak pekik2 dalam lagu Manifestasi Cinta tapi, 'pekikan' tak menyakitkan telinga. Gabungan Fiq dan Mirwana untuk lagu Manifestasi cinta tu sangat mantop.

Kalau korang rajin, bukak lah youtube dan search for Mirwana -Tika Masanya dan Manifestasi Cinta.- Korang akan lihat betapa ramai penonton dan para pendengar yang sangat kecewa dan marah pada juri sebab kedua2 lagu ni tak masuk finals. Ramai yang dok kata yang juri pada malam tu pekak lah, buta seni lah, tak pandai judge lah dan bermacam2 lagi kutukan yang dilemparkan pada juri2 yang bijaksana pada malam tu.

Aku macam kesian gila lah dengan Mirwana sebab apa jerrr yang dorang buat semuanya tak kena. Ramai kutuk dorang sebab dorang tak 'bawak' image seperti kumpulan nasyid yang sentiasa skema dengan kopiah dan baju kembar berlainan warna setiap masa. Kalau siapa yang tahu pasal Mirwana, dorang bukanlah kumpalan nasyid macam Raihan ataupun Rabbani. They are more to kontemporari songs. Kenapa ye, mentaliti masyarakat kita, kalau sesuatu lagu itu diseneraikan sebagai genre 'nasyid' mesti ahli kimpulannya kena pakai baju melayu kembar berlainan warana seluar slack dan kopiah diatas kepala? Kenapa kalau lagu tu fall dalam genre nasyid harus berkompang dan rebana sahaja? Drum dan guitar tak boleh sebab bukan alat muzik genre 'nasyid'. Lepas tu, kalau kumpulan nasyid tu suntik sedikit elemen2 RnB atau Jazz dalam lagu dorang, dah masyarakat kita label yang kumpulan nasyid tu dah off the track ataupun songsang dari aliran muzik.


Tapiiiiiiiiiiii bila Maher Zain datang dan bawak lagu dia yang berunsurkan RnB, ramai tak ambik pusing pun. Takk cakap pun yang Maher Zain tu dah off track? Bila Maher Zain tak guna kopiah tapi guna flat cap (A soft, round men's cap with a small brim in front.) dan tak guna kopiah dan apabila beliau tidak menggunakan baju melayu atau pun seluar slack, takdeeeeerrrrr plak yang kritik. takderrrr plak yang kata Maher Zain tu revolutionize the whole nasyid essence. Malah dorang cakap yang Maher Zain tu ibarat "A breath of new fres air". Bila anak tempatan buat, kena kritik. Sometimes, i wonder...dorang semua nak apa?

Personally, aku pun terkejut sebab 2 lagu ni tak masuk. Sebab lagu ni ada kualiti kalau nak dibandingkan dengan lagu ehem.. mencari konklusi dan extravaganza. Bila perform, terloncat2 dan ntah ape ape ntah. Seriously.. i think indie dah masuk fasa senja. I dont think indie is in thier era anymore. I just couldn't see the point why do the judges choose these two songs to be fitted in inside the finals list instead of Manifestasi Cinta and Tika Masanya.

k..fine, maybe the judges lebih arif. Tapi when it comes to muzik, nasyid sering dianaktiri kan. Bermati-matian Mirwana memperjuangkan lagu meraka. Tapi, sayang. Ramai masih pandang sebelah mata aja. To Mirwarna, bak kata satu youtube punye commentors, perkara baik selalu dapat halangan. But nevermind, niat korang sangat murni. Masih lagi tegar memperjuangkan lagu2 yang berunsurkan dakwah. Alhamdulillah..=)

Friday, November 26, 2010

Harry Potter dan 2 Alam

soup: Tom Yum

Assalamualaikum =)

Helo everybody. As i've promised before on my THE END IS NEAR punya post, aku akan citer pasal apa yang terjadi dekat Cs (city square, Johor Baharu). Actually, aku nak sangat tengok HP7 sebab aku memang minat dengan HP ni sejak aku zaman sekolah menegah la. Semua ketujuh2 buku die aku dah khatam. Heh ;P. Since the day yang aku turun jb tu hari rabu, dan hari rabu harga tiket movie range is only around rm6-rm7 aje. So, memang berbaloi tengok dekat Malaysia ye kengkawan. Sebab muraaaaaaaahhhh sangat. Klw movie kat spore ni, harga untuk sehelai tiket ialah $10++. Mahal memang mahal tapi nak buek camno? Tapi bagi orang2 can aku, aku sanggup redah tu kastam spore dan johore semata2 nak murah punya pasal! =D

so, we meet each other dekat spore checkpoint arnd 10:30 (janji sebenar pukul 10:00. Biaselah, janji melayu kann??) ;P after that kiterorang gerak g Cs. Masing2 perut memang dah berochestra inang-zapin-keronchong-heavy metal sebab tak sarapan btol. Aku stakat kongsi soto ayam dengan Abah jer pagi tu. We head first to the cinema counter sebab nak beli tiket dulu sebelum g melantak. Haaa..dekat counter ni, yang serve kiter pun boleh tahan dia punye indirect kuraaaang hajiak punya kakak. Tau nape? meh..ikot sesi temubual kami dan si kakak eksyen tuh...

Kakak counter: Ye dik...nak tengok citer ape? (Tanpa sebarang ukiran senyum dibibir)

Aku: Ouh..Hp7 kak. pukul 1:50. (dengan nada sopan santun)


Kakak counter: 1:50 yer? nak duduk dekat mana?

Aku: Eh korang nak duduk maner?

Maka aku,nadya dengan yaya pun discuss lah kan. Nak dok mana...dekat dengan skrin ke hape ke..

Nadya: E13-14-15 okay kot...

ni part yang paling kurang hajiiiaaakkk...belom sempat aku cakap "YA" dekat kakak tu, dengan selamba tenuknyer dia pun picit lah E13-14-15 tuh.. aku memang blur part tu..

Nadya: Eh...tak dekat sangat ke dengan orang tu..

Kakak counter: Jangan takut dik. Ade penghadang tuh. (Sambil membuat aksi penghadang kat kitaorang)

Cis!!!! ade ke patut??! Service memang hampeh. Aku pon terpikir sejenak, ape kebendernyer maksod akak tu ngan penghadang? Aper Cathay kat Cs nih dalam theater dia ada betol2 penghandang yang hadang kita dengan orang yang duduk sebelah kita tu ker? Klw betul, memang canggih seh ni pawagam! Tapi, what she meant is actually ARM REST. Arm rest tu lah sebagai penghadang yang beliau maksudkan. Hai..mcm lah aku ni tak pernah tengok wayang. Keji btol.. ;D




Meats/chicken meats and Fish before cooked


::::::: Sluuuurrrrrrrppppppp ::::::::



Cooking ~ ~

Kiterorang pilih SEOUL GARDEN as our BRUNCH (Breakfast+Lunch). Actually i was thinking of Old Town sebab its been quite some time aku tak jejak Old Town. Tapi si Nadya ni asyik melirik jer kat restoran korea ni. So aku pon layankan je lah walhal nant gathering ngn 072 pun nak melantak Seoul Garden gak. Haiiihhh camne nak kuruih ni? Klw asyik melantak sakan no? tak hengat dunia...nanti badan naik macam beras guni bari tau! Takpa..takpa..klw ada mana2 lelaki yang suka aku pasal aku adelah diri aku, dia memang baguih dan ikhlas tapi klw lelaki tu sekadar nak aku sebab aku cantik dan kuruih tu memang stok kurang hajiak dan boya darat dan playboy!


me cooking ^_^



Yaya & Me Cooking!

So yes..aku guna kekuasaan aku sebagai pelajar untuk dapat harga separuh! Huahuahuahauahuah *gelak evil* sedangkan Nadya ngn Yaya kena bayar full. Heh, bukan kejam yer..cuma bila ada kelebihan sebagai student, nape tak dimanfaatkann dengan sebenar ye tak? ni pun aku dah plan nak guna student card aku tok dapat harga lagi rendah tok movie tix. Haaiii tix movie dah murah pun nak murah lagi ka?? Hehehe..i dont care. So, urmm..while cooking/eating, we ditch lah a bit about latest news. Haaaa news pasal sapa ntah yang menjadi bualan hangat pada hari tu.... adalah mamat tu. Dari dulu hingga kin itidak pernah lekang dengan kontroversi yang hangat2 macam taik ayam! Hehehe ;P

Minah *peace*



Tengok siapa?

saki-baki makanan aku

focus tyme makan


Lepas makan, aku pi solat jap dekat tingkat 6. huish, memnag padat betoi surau wanita Cs nih. Mungkin sebab cuti sekolah kot. tu yang banyak semacam. Okay, ni ade lagi satu cerita. bukan apa, cuma aku dok terpikiaq sekejap apa depa semua ni tak blaja moral & sivik atau akhlaq ka masa sekolah dulu? Okay, aku tau surau ni kecik, tapi at least jangan lah buat tu surau mcm keluarga hangpa punya. Apa kelurga hangpa semua ada share ka dekat bajet pembikinan surau tuh? *Huisshhh garang bebenor aku nih* Hehehe..tapi sape yang tak geram bile tengah elok2 nak pakai tudung tetibe ade kanak2 strawberi ni dok halang cermin tuh dengan badan dia. Ya Rabbi..aku dah tap-tap kaki aku ni dah macam nak buat tap dance tapi budak tu buat dunno ajer..huish sabaq je lah. Tu baru satu. Lepas minah ni pergi, datang pulak sekumpulan yang lain yang dok berdiri betui2 depan cermin tuh. dah tu..aku yang pendek bagaikan pohon bonsai ni apehal plak? Dorang boleh buat dunno aje. Takkan tak nampak kot reflection aku kat cermin tuh?? Member dok sedap jer apply celak kat mata dia. Hangin punya pasal, aku kuar dari surau tu. Sabaarrr je laaaa



Harry potter7: The Deathly Hallows was awwwwwwwwwssssssooommmee! It was worth eventhough ada a bit changes in the movie tapi overall memang best lah. Kalaw korang bukan Harry Potter fan pun,korang akan find the movie amazing with all effects la. Tell ya the truth, i cried the part when george weasly was being cursed/attacked by one of the death eaters. Masa Prof.Lupin bawak masok George dlm The Burrow, mata air aku dah meleleh-leleh...sedih sebab George kena cursed and sanggup pertaruhakn nyawa dia sebab Harry. Makin sedih, bila Prof.Lupin held Harry against the wall and point his wand at Harry's face and asked what is the creature that sat at the corner of his office. Naseb baik Harry jawab: Gridylow. Phew ~ ~ everybody cannot be trusted and no where is safe.

Ni lah effect dia kalau dah attached sangat dengan Harry Potter. I grew up with Harry Potter. All of my friends are Harry Potter freak. Ingat lagi mase dolu2 tyme waktu menegah kegkawan aku dok sorok buku Harry Potter yang tebal gedabak tu kat bawah meja sebab excited nak baca sebab masa tu Harry potter memang phenomenon la tapi bila ustaz tanya terkulat2 nak menjawab. Pandai..kan? ;P Too attached until i can't believe the whole epic gonna end soon. I mean macam baru semalam je aku tengok Harry Potter & the Sorceror's stone. Mase tu, masing2 kiut-miut lagi tapi ni skrng ni dah handsome2 dan cantik2 belaka! Haisshh..Can't wait for the sequel. Sure heboh akan melalak sebab banyak scene2 sedey. Sapa baca buku Harry Potter & the Deathly Hallows tu tau lah yerr..


Me&Nadya&yaya


excited nak tengok 2 alam

Lepas tengok citer Harry Potter, kiterorang dah tak tau nak buat ape. So, kiterorang beratur balik dekat counter and beli tiket tuk 2 alam. Antara sebab-musabab aku nak tengok citer ni disebabkan sinopsis dia lah! Sinopsis yang aku baca dekat TGV KLCC. Sinopsis die macam best jerr..tu yang decide nak g tengok. Citer 2 alam ni kiterorang tengok dekat tingkat 7. Sebab saiz pawagam dia kecik sikit. 2 coloums berbanding yang dekat tingkat 4 yang ada 3 columns. Bila kiterorang masok, theater tak full. Dari depan screen sampai depan row aku KOSONG. Three rows from the back on both columns aje yang penuh. And guess what, ade gak minah2 AUWW yang tengok citer nih =D Huish...si Nadya ngn Yaya ni dah pakat nak keluar dari theatre ni sebab dah mula seram2 sejuk. Okay, citer 2 alam ni bukan citer hantu. Tapi bagi pendapat aku, 2 alam is more like a spiritual journey. Citer dia tak banyak dialogue tapi banyak flahbacks and present time. Present time bila suhaila salam @ Adam dah jadi mayat dan flashback time zaman2 jahilliyyah dia la. I mean those flashbacks keep on repeating. And Those flasbacks, scene dia agak tidak sesuai untuk masyarakat melayu islam lah. I mean those scene are HAWT...HWAT..HWAT..adengan2 bercumbu-cumbuan tu memang part and parcel of this movie.

Dari segi mesej, aku rasa citer ni berkesan. Memang tersentap tepat kehulu jantung. Bila tengok mcm mana mayat tu dimandikan,dikafankan dan seterusnya di usung ke kubur, mula la aku insaf. Teringat balik dosa2 aku sebelum ni. Solat yang pernah aku tinggalkan, tidak menjag ikhtilat...bla..bla..bla..terfikir bagaimana gamaknya aku nanti bila dah mati? Mintak2 bumi terima badan aku, dan moga semua amalan aku yang ciput2 belaka ni diterima yang maha Kuasa. Tapi dari segi jalan filem, memang tetttttttttt.....tak tau nak cakap hapa.

Nadya ngn Yaya memang dah sumpah seranah sebab the movie does not live to our expectation!


me&her =)

Untitled Post




Pirates Of The Carribean 4:On Stranger Tides [The Fountain of Youth]


Captain Jack Sparrow crosses paths with a woman from his past, and he's not sure if it's love--or if she's a ruthless con artist who's using him to find the fabled Fountain of Youth. When she forces him aboard the Queen Anne's Revenge, the ship of the formidable pirate Blackbeard, Jack finds himself on an unexpected adventure in which he doesn't know who to fear more: Blackbeard or the woman from his past. Set to be released May 20th, 2011 in 3D and IMAX 3D. [Courtesy of Wikipedia]

Ola everyone ^_^ Since tengah hari tadi, i've been bloghopping from one blog to the other. Dari blog yang aku kenal sampai ntahsapesapentah punya blog aku view. Some were gued with packed information and ade jugak yang best seperti blog2 blogger HIJABBIANs yang banyak feature style2 terkini tetapi masih lagi modest dan menutup aurat walaupun kekadang tuh bile aku belek2 picture2 dorang and tengok dorang macam pelik tapi style la...owh blogger2 HIJABBIANs ni sume shawl wearer dan tudung jenis 'bawal' tuh dorang dah tak layan dan dicampak ketepi ;P huahuahuahua...

Okay. This is not the point. T___T Aku bukan nak bebel pasal HIJABBIANs yang stylo macam air milo [tapi disebut me-low] tu. Tapi, Entry kali ni masih lagi pasal movie. Heh, mesti korang pikir yang aku ni kaki wayang kan? Memang pun. Tapi tak ley nak kalahkan Roommate aku Cik Nur Fadilah. Die nih memang Ratu kaki wayang! Hehehe, klw kau terbaca entry ni, tolong jangan baling aku dengan periuk ataupun buku teks Macroeconomics yang maha tebal tu kat aku yer? Nanti tak pasal2 benjol dahi aku ni. ^_~

Okay clip kat atas yang aku cilok dari youtube ni adalah movie terbaru yang akan dilakonkan oleh Jhonny Depp. Sesaper yang dah pernah tengok trilogy filem pirates of the carribean ni (POTC: The curse of the Black Pearl, POTC2: The Deadman Chest, POTC3: At World's End) mesti tertunggu2 dengan kemunculan filem yang ke-4 ni kan?? Tolong cakap yang korang pun tengah anticipate filem ni..jangan biarkan aku malu sorang2 =)... *Sayang korang,MUACKZ!*

Aku harap movie ni akan menjadi sehebat yang pertama. people always said that the 2nd-3rd and 4th will not be as good as the 1st one. Betul kah? Lihat saja JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK 2. Tak sehebat JPBC yang pertama. mungkin sebab SHAHEIZY SAM takde kot..hikhikihik *Sambil tutup mulut*

Seriously, im waiting for this movie in theaters soon. May 20th 2011. =)









The Malay Chronicles: Bloodlines [Merong Mahawangsa.]


Synopsis:

Based loosely on the 16th century historical document entitled ‘The Malay Annals’, ‘The Chronicles of Merong Mahawangsa’ is an action-packed epic feature film, with mythical characters, magical moments and dazzling visual-effects sequences. Merong Mahawangsa was a descendant of Alexander the Great, a renowned naval captain and traveller who came to Asia several hundred years ago.

The year is 120 AD… a time when the Roman Empire is at the height of its power, during the reign of Hadrian – one of the Five Good Emperors. Meanwhile in China, the Han Dynasty is firmly cemented as the ruling empire and is expanding into Central Asia... one hundred years before the period of the Three Kingdoms.

As the Roman fleet did their repairs and traded in Goa, they asked Merong Mahawangsa to escort a Roman prince to Southeast Asia, to wed a beautiful Chinese princess from the Han Dynasty. The Chinese princess and the Roman prince are supposed to meet halfway and be married on neutral grounds.

However, the pirate nation of Geruda had other plans. They decided to kidnap the Chinese princess and use her as ransom. En route to the Straits of Melaka, Merong Mahawangsa’s fleet was attacked by Geruda’s forces while stopping at a small island to replenish supplies.

Will Merong Mahawangsa be able to rescue the Princess and re-unite her with her betrothed in a marriage that is set to bring together two great civilisations from the East and West? [courtesy of The Film Catalogue]


Sangat hebat kan KRU? After the success of MAGIKA dalam Anugerah Skrin sebagai Filem terbaik, akan muncul lagi satu filem dibawah produksi KRU studios nih. Cerita berkaitan sejarah. Ni, kalaw aku ajak member aku pergi tengok, confirm dorang akan tarik muka 14 dan siap berkata ala2:

"Aku mana tengok movie melayu nih..."

"Aku tak minat sejarah la...pastu ade perang2 nih sumer..aku minat lovestory jerrr.."

*Abaikan skrip rekaan diatas nih*

Tapi, peduli hape aku! Aku akan tarik jugak sekoq pi teman aku. Tak kira jugak *sambil menghentakkan kaki*

Thursday, November 25, 2010

The End is near


Aren't they look lovely? ^_^


::::: Sweet in Deathly Hallows :::::


Ron & Hermoine


The 1st part of an epic finale

Okay, this is gonna be my quick and [insyaallah] entry. Above posters are the courtesy from google. ^_^ The reason why i post Hermoine&Ron because i love their characters from the frist movie/book HARRY POTTER AND THE SORCEROR'S STONE. Sangat cute dorang dua ni. Seriously ade chemistry between them. =)

And Finally, i wont be reviewing about HP7 in this entry. Cuz i wanna share with all of uols in the next entry. My next entry i'll be babbling about my short trip to JB just to catch HP7,incidents happened during buying the tix and the review about 2 alam movie. okay?

C all of u soon

Lovehugsandkissess

Muackz

ps: toldja its gonna b a short and simple entry!

Wednesday, November 24, 2010

Superman Rawks Part 2




**** Selamat Malam *****




***** Hanyut ****



Coolio or what 2 lagu masuk Muzik-muzik finals?

Congrats FT

^_~

Monday, November 22, 2010

Snap! Snap! Snap! Henderson Waves ^_~

*We the three Musketeers*

Hari tu memang hari yang aku banyak ketawa. Aku tak tau nape aku asyik ketawa jer. Klw korang tak caya korang ley scroll down and see it for urself! =) First skali aku meet up dorang dekat IMM. Sori, gambar dekat IMM tader sebab masing2 sebok shopping! Hehehehe Cotton On dekat outlet IMM sale up to 50%!! And secara tidak sedar *huhuhu..seolah2 in-tance-* Aku grab DUA dress from that store. One is plain dress like my gurlfren wore that day. And the other one is white also with horizontal navy line on it. *senang cakap korang macam baju zebra lah* Boleh imagine ke tak ni? Ke korang semua dah lupe cmner zebra looks like? alaaa..kuda yang berbelang2 tu ler..tak pun korang g je lah zoo dan lihat sendiri ;P Ye..baju aku cm zebra. Hahaha. aku jeles tengok orang pakai chantique, so aku beli sebab nak tengok klw kat badan sendiri lawa ke tak? *Apehal bangga sangat nih??* -_-"

second destination was HENDERSON WAVES. Haaa..aktuali aku tak tau tempat ni katner [nama je warganegara spore, tapi tempat2 dia haaaaaram aku tatau.] So, disebabkan nama dia ade perkataan WAVES, aku dengan semangat mempercayai yang ia tepi laut. TAPI sangkaan aku meleset. When we drove towards Henderson waves,

Nadya: Syai, we are going to take our picture there. *sambil menunding jari kearah sebuah bridge*

Aku yang sememangnyer gayat dengan tempat tinggi terkojat beruk mendengar.

Aku: Errr...korang je lah naik. Aku tunggu dalam kereta.


Nadya: Tader..tader..kau kene naik gak! Aku tak kira!


Ni..kalau aku cabut balik dan tahan mana2 teksi pon orait gak... *Sambil berfikir*


Forest Walk ala-ala back to nature gitu


tapi...aku tak pengsan pun naik benda alah tu walaupun pada
mulanya kaki aku mengigil tahap gaban dan hampir2 menangis! ^_^


cantique kan view dia?


Korang spot ala-ala king-kong tak???
Aku mampu buat *peace* aje. Tak hengat apa yang kelakar sangat.



Aku dah mula nak gelak dah..


Nadya bercekak pinggang sebab aku sebok dengan seluar aku T___T


Terkinja kesukaan ye kau wahai Syaida...sekeh kang baru tau!


This pic is sweet. unfortunately, its a bit far dont u think?


Chantique jugak amek kaki jer *sewel tader kerje*


Me Nad Nadya =)

Siyes aku tak tau ape yang kelakar sangat sampai nadya dah fold her arms geram ngn aku *pffft*

Aku gelak lagi. Tapi kali ni sempat cover mulut!


Amaciam? I was supposed to wear my studded wedges to add the rock chickness tapi nadya tak bagi X____X



Me&her AGAIN


Sumpah! Hari tu aku asyik gelak jer..


*Sya* *Nadya* *Farhana* Owh tudung ke penyek seperti lempeng mummy dibuat serapan pagi dek kerana ditiup angin!


OTW back down the hill.


This was an impromptu shot by Farihin. But I loike wlpn kite jalan tu buat2. Kire re-enactment balik. Tee-hee ^_^

Mr Cameraman a.k.a Farihin
*abaikan pose beliau yang kurrreeeng menarik*

So that was the shots taken when we were up at the bridge. Serious cantik pemandangan dia. Sangat lawa. Tempat ni pon tempat tok orang yang nak berjogging ker, bersenam ke..overall tempat die sangat cantik. This place is a nice shots 4 those who lurrrve photography. Ciao! ^_^