Friday, November 12, 2010

Wajah Orientalisme


Orientalisme ialah sebuah terminologi yang sedang hangat diperbincangkan oleh masyarakat, khususnya umat Muslim. Ini kerana timur yang merupakan wilayah kajian para orientalis adalah asal muasal agama Islam berdiri.

Orientalis bermakna; “ahli bahasa, sastera, dan kebudayaan bangsa-bangsa Timur (Asia)“. Namun, kebelakangan ini, terma orientalis lebih merujuk kepada orang-orang Barat –Eropah pada khususnya–yang mengkaji kebudayaan Islam di Timur Tengah atau Jazirah Arab. Tentunya yang akan dicermati di sini adalah sub-tema ‘keislaman’ yang cuba diteliti oleh para orientalis tersebut.

Pada awalnya, kepentingan Eropah dan Amerika di dunia Timur lahir akibat interaksi kebudayaan yang dinamik bersamaan dengan hal-hal politik, ketenteraan, dan ekonomi. Namun, pada lembar sejarah selanjutnya, Edward W. Said menyatakan bahawa pertarungan orientalis berkembang pada hal penyebaran kesedaran politik ke dalam aspek estetika, sosiologi, sejarah, filologi, dan yang paling penting; keilmuan.

Namun, lebih jauh lagi, istilah Timur yang merupakan objek kajian para orientalis tidak lagi dipandang sebagai wilayah Asia secara keseluruhan atau menunjukkan hal-hal yang jauh dan eksotik, maka Islam merupakan pengertian yang paling sesuai untuk istilah ini. Pengertian yang terakhir inilah yang pada akhirnya menjadi titik fokus utama pada huraian singkat ini.

Dalam perkembangannya, tak sedikit orientalis yang mulai fokus untuk menelaah kebudayaan Arab-Islam. Terlebih pasca perang Salib di mana keadaan psikologi orientalis dari kalangan umat Kristian kala itu yang masih tergoncang oleh kekuatan Islam. Berangkat dari ‘ketergoncangannya’ itulah mereka mulai mencari-cari cara demi ‘mengukuhkan’ kembali fikiran mereka.

Hal ini tentunya memiliki dampak tersendiri bagi para orientalis itu untuk mengkaji kebudayaan dan keyakinan umat Muslim yang kemudian digunakan untuk meruntuhkan ideologi Islam. Theodor Noldeke membenarkan kenyataan bahawa pada abad permulaan dahulu, kajian orientalis –terhadap Arab-Islam– memang diorientasikan untuk menjatuhkan keimanan orang Islam. Oleh kerananya, suatu kewajaran jika kepustakaan orientalis klasik selalu membicarakan kelemahan-kelemahan Islam tanpa hampir sama sekali mengapresiasi kemuliaan agama Muhammad ini.

Sejatinya, ada sumber yang mengatakan bahawa hingga abad ke-19, Timur selain jazirah Arab merupakan daerah yang telah mutlak tunduk di bawah kolonialisme Eropah. Arab-Islam kala itu hampir tidak terjamah oleh Eropah kerana –seperti yang diakui Gibbon dalam Decline and Fall– memiliki angkatan ketenteraan yang amat ampuh. Lebih lagi, Arab dan dunia Islam dianggap oleh bangsa Eropah sebagai sebentuk provokasi yang nyata.

Tentunya pandangan ini mengingatkan kita tentang geografi dan budaya di semenanjung Arab yang memiliki yang menakutkan bagi agama Kristian. Pada masa seperti inilah, benarnya kenyataan Noldeke. Selain nama-nama seperti Simon Ockley dan Voltaire, hampir tidak ditemukan sama sekali tokoh orientalis yang mengapresiasi kagungan Islam. Pun mereka berdua masih sangat berhati-hati dalam penghormatan mereka terhadap Islam kerana bimbang kemunculan respon negatif dari masyarakat Eropah yang notabene merupakan bangsa pembenci Islam ketika itu.

Tak senang Eropah ini terlihat jelas saat muncul saat ada kritik keras kepada History of Saracens milik Ockley yang menuliskan bahawa berkat Islamlah, Eropah memperoleh pengetahuan pertama perihal falsafah.

Napoleon Bonaparte, seorang pembesar sekaligus orientalis terkemuka dari Perancis mengakui bahawa faktor paling asasi yang menghambat ekspedisinya untuk menguasai Mesir adalah keberadaan Islam di sana. Melalui pengalaman dan tutur cerita Comte de Volney dalam karyanya Voyage en Egypte et en Syrie, Napoleon berhasil mengugat kebesaran umat Muslim di Mesir.

Memang, cara halus yang diaplikasikan Napoleon dalam rangka menguasai peradaban, keilmuan, dan tentunya wilayah Mesir, adalah menerusi pendekatan yang luar biasa. Strategi yang digunakannya amat jauh strategik jika dibandingkan dengan taktik Requerimiento milik orang-orang Sepanyol saat ingin menguasai India.

Suatu ketika, dengan penuh keyakinan Napoleon mengundang 60 akademia al-Azhar untuk diberi penghormatan ketenteraan dan kemudian dipujuk dengan paparan kekaguman Napoleon terhadap al-Quran, Muhammad, dan tentunya agama yang dibawanya iaitu Islam. Napoleon juga berupaya sesempurna mungkin untuk menjadikan penafsiran al-Quran yang dilakukan oleh para imam, qadli, mufti, dan ulama tempatan supaya dapat memukau hadhirin. Akal ini berjalan mulus dan dengan segera penduduk Mesir kehilangan prasangka buruknya terhadap keberadaan tentera Perancis di Negara Fir’aun tersebut.

Jadi, benarlah rumusan awal bahawa sikap orientalis pada permulaannya memang merupakan sebuah sikap permusuhan terhadap Islam. Baru di masa-masa awal abad ke-20, mulai bermunculan tokoh-tokoh orientalis yang simpati serta mengapresiasi Islam dengan segala kesempurnaannya.

Arthur John Arberry, orientalis Inggeris yang ahli di bidang tasawuf Islam, merupakan salah seorang tokoh yang bersikap positif kepada Islam. Beliau berusaha untuk menjelaskan hakikat Islam yang sesungguhnya kepada Eropah. Demi keterpesonaannya itulah, beliau memperingatkan para orientalis lain untuk mengekang penilailan mereka akan Islam terlebih dahulu sebelum memahami dan menemukan fakta akan keberadaan Islam yang sesungguhnya.

Diawali oleh Arberry,, mulailah dikenal oleh Islam keberadaan kaum orientalis yang lebih bersahabat. Bahkan, Simone Haig, salah seorang orientalis Spanyol yang pada awalnya membantai Islam habis-habisan akhirnya membenarkan kebesaran dan keagungan ajaran Islam. Penghormatan kepada kaum feminin yang mulia di Islam mendapatkan apresiasi penuh dari Haig.

Orientalis sekelas Robert Simone, Gustav Lobon, dan Kalila Sranelli Cherko mulai berani menyerukan kepada bangsa Eropah akan kemuliaan ajaran Islam di berbagai aspek. Bahkan, pada tempoh berikutnya, banyak orientalis yang menjadi salah satu corong syiar agama Islam di Eropah dan Amerika. Suatu kebanggaan bagi Islam kerana telah mampu merangkul bangsa Barat untuk menyakini akidah agama samawi yang terakhir ini.

Pada akhirnya, sebuah catatan yang ingin disertakan di sini adalah sikap umat Muslim dalam menghadapi para orientalis. Islam harus melestarikan ajarannya dalam menghargai dan menghormati seluruh umat manusia. Akan tetapi, patut kita jadikan pertimbangan pula bahawa orientalis sejatinya hidup di daerah yang terkenal bermusuhan dengan Islam.

Theodor Noldeke yang mengakui kemuliaan Islam terbukti hanya menelaah sejarah al-Quran yang rancu. Sikap kritis yang ditunjukkan di Geschichte des Qorans melebih penghargaannya kepada al-Quran. Oleh kerana itulah, Islam harus mampu memisahkan orientalis-orientalis tersebut dan tentunya juga karya-karyanya.

Justeru, penting untuk Muslim memetik manfaat dari apa yang telah dikerjakan oleh para orientalis tanpa terjperangkap dalam lembah keraguan!

Wajah Orientalisme [www.ummahonline.com]

ps: I just want to share with all of you with what i have studied in this marvellous university [cey..cey..mengampu nampak?] So, i hope all of you dapat manfaat dari artikel nih as much as i do =D

No comments:

Post a Comment